BAB 12

911 45 0
                                    


"Nak masak apa ya harini?" Peti ais dibukanya. Tangan sibuk menggeledah bahan-bahan yang berada di dalam peti ais itu. Sayur-sayuran dan bahan basah seperti ayam dikeluarkannya.

Inara meletakkan sayuran di atas meja manakala ayam tadi diletakkan di bawah aliran air paip.

"Masak sup ayam lah harini"

Inara mengambil lobak merah,ubi kentang dan tomato. Sayuran yang selebihnya disimpan semula ke dalam peti ais.

Selesai sahaja memotong bahan, sebuah periuk kecil diletakkan di dapur gas. Minyak dituangkan sedikit sebelum bawang putih dan halia yang telah dicincang dicampakkan ke dalam periuk.

Ayam dan sedikit air dimasukkan ke dalam periuk setelah bahan tumisan kelihatan kuning.

'TING TONG'

Loceng rumah berdenting menandakan seseorang menekannya. Inara yang sedang menunggu sup itu mereneh segera mencapai tudung sarungnya dan bergerak ke ruangan utama rumah. Langsir diselak bagi melihat siapa yang datang ke rumah, sentiasa berhati-hati sebelum keluar dari rumah.

Sepertinya seorang penghantar barang sedang berada di hadapan pagar rumahnya. Inara segera membuka pintu rumah dan bergerak ke pintu pagar selepas menyarungkan selipar.

"Cik Inara Nur Safiya?" tanya penghantar itu untuk membuat pengesahan.

"Ya saya" Inara hanya memerhati saja penghantar itu. Nasiblah perempuan, rasa risau tu kurang sikit.

Penghantar itu menghulurkan satu jambangan bunga ke arahnya. Pelik tapi Inara hanya menyambutnya tanpa berkata apa-apa.

"Okey, tugas saya dah selesai. Diharapkan cik berpuas hati dengan layanan kami"

"Tapi saya tak order bunga ni. Siapa yang order  kan untuk saya?" tanya Inara tidak puas hati. Takkanlah Danish hadiahkan bunga lagi untuknya.

"Someone"  katanya. penghantar itu tersenyum lebar sebelum beredar ke van.

Tanpa berlengah, Inara berlalu masuk ke dalam rumah setelah menutup pintu pagar. Jambangan bunga itu diletakkan di atas meja di ruang tamu.

 Jambangan bunga itu diletakkan di atas meja di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekeping nota yang terselit di bunga itu diambilnya. Dibuka nota kecil itu.

'I still remember everything from the first time we met, the first day that I looked into your beautiful brownie eyes. I don't regret meeting you but I regretted the way we always ended things. I'm sorry I can't be the one you wanted and never will, I'm sorry for all the inconvenience I brought upon you. I can put trust on you with my life, hoping that you'll be the one for me'

Your future husband,
Qafeel♥︎

"Eee perasaannya, bila masa pula aku setuju nak kahwin dengan kau" Inara membuat gaya ingin muntah. Loya betul tekaknya membaca kata-kata manis itu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now