BAB 37

497 30 2
                                    

Figura di sebelahnya dipandang dengan pandangan kosong. Dari tadi lagi mata itu tidak lepas dari melihat ke skrin telefon. Leka bermesej dengan seseorang hinggakan dia di sebelah dipulaukan. Siti menongkat tangan di meja sambil dagu berada di telapak tangan.

"Dah habis dah?" Inara memandang ke arah Siti seraya kepalanya dianggukkan. Punat telefon ditekan dan telefon dimatikan. Makanan yang sudah lama terhidang di meja makan itu baru hendak dijamahnya. Tadi Faris ada menghantar beberapa mesej kepadanya. Sementara menunggu makanan, dia membalas mesej itu terlebih dahulu. Tapi tak tahulah pula sampai lama macam ni.

Siti hanya memerhati Inara yang sedang menikmati makanan yang sudah lama sejuk itu. Agak gelojoh gadis itu menyuapkan makanan ke dalam mulut, padanlah dengan sikapnya tadi yang sibuk dengan telefon. Sebentar lagi mereka akan memasuki kelas seterusnya, jadi memang tidak boleh berlama-lama lagi di situ. Dalam diam, Siti mengeluh perlahan.

Satu perkara yang dia perasan sekarang, sikap Inara semakin lama semakin berubah. Dia tahu Inara sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang ditemuinya setahun yang lepas. Kalau dulu boleh dikatakan yang Inara bukanlah sejenis kaki tidur lewat. Namun sekarang, amat berbeza. Terkadang, gadis itu sampai terlewat ke kelas kerana terlajak tidur. Nak bercinta tak salah, asalkan ada batasnya.

"Dia janji apa pulak kali ni?" Melihatkan wajah itu tampak begitu gembira, pasti ada sesuatu yang dijanjikan oleh Faris. Tidak perlu beritahu, dia sendiri sudah boleh meneka nya. Bukan sehari dua Inara dan lelaki itu menjalinkan hubungan, namun sudah hampir genap 10 bulan mereka bercinta.

Inara menoleh ke sebelah. Bibirnya tersenyum ingin memberitahu berita baik itu. Dia mengengsotkan sedikit badannya supaya jarak mereka semakin dekat.

"Faris cakap yang dia nak jumpa mak ayah aku. Nak masuk meminang." Ujarnya perlahan sebelum menyuap suapan yang terakhir. Selesai membersihkan mulut, mereka terus berlalu dari situ dan bergerak ke kelas.

Sepanjang perjalanan, Siti hanya mendiamkan diri, dia sebenarnya memikirkan apa yang dilihatnya sebelum ini. Inara pula ralit bercerita tentang malamnya keluar dengan Faris.

"Kau biar betul, Inara?" Soal Siti perlahan. Wajah itu dipandangnya. Inara sudah fikir masak-masak ke pasal hal ini? Dan Faris pula dah betul-betul serius ke?

Mulut itu tidak membalas sebaliknya hanya melorekkan senyuman.

"Pastu kau setuju macam tu je?" Siti berharap agar jawapannya adalah tidak. Namun hampa apabila Inara menganggukkan kepalanya.

"Kau dah tak ingat ke apa yang aku beritahu kau haritu?"

"Beb, aku rasa kau salah orang lah. Aku tak rasa yang tu Faris. Lagipun aku sendiri dah tanya dia dan dia cakap sepanjang hari tu, dia ada kat rumah. Faham tak?" Inara cuba membuat Siti faham dengan situasi itu. Takkanlah Faris ada main dengan perempuan lain.

"Dah kau tanya, memang taklah dia nak mengaku. Lelaki kan!" Gerutu hati kecil Siti. Geram juga dengan sikap gadis itu. Takkanlah dia tersalah orang pula.

"Kalau betul apa yang aku cakap tu, apa yang kau rasa?" Soal Siti tiba-tiba.

"Maksud kau?" Inara tidak faham. Kenapa  soalan seperti itu yang ditanyakan kepadanya?

"Maksud aku... kalau betullah orang yang aku nampak tu Faris, apa yang kau rasa? Marah? Kecewa?" Terang Siti lagi. Dia cuma mahu tahu saja.

"Ta— tak, sekarang ni apasal kau tiba-tiba cakap macam tu kat aku? Ke... Kau sebenarnya memang tak suka aku dengan Faris bercinta? Kau... Cemburu dengan aku? Dan kau sengaja cakap macam tu, tuduh Faris bukan-bukan supaya aku dengan dia putus! Jadi kau bolehlah ganti tempat aku pulak kan." Inara memandang tajam Siti. Patutlah wajah itu langsung tidak gembira ketika dia memberitahu tentang berita baik itu.

Siti terus mematikan langkahnya apabila Inara menuduhnya melulu. Dia turut membalas pandangan tajam itu. Jari ditundingkan ke wajahnya.

"Aku? Cemburu dengan kau? Bila masanya?! Aku cuma tanya je kan. Sekarang ni, apa yang aku nampak tu memang betul. Aku tak pandailah nak reka-reka cerita bagai dan aku tak naklah lelaki tu. Yang kau tiba-tiba nak marah ni apasal pulak?!" Balas Siti tidak kurang kuatnya. Mujurlah tiada orang di kawasan itu, kalau tidak mungkin sudah disaksikan oleh orang lain pergaduhan mulut mereka. Dan mungkin sekarang ini mereka sudah terlambat untuk masuk ke kelas. Nasib kurang baik, Madam Zarah sudah mengunci pintu kelas.

Inara tersenyum sinis.

"Well, kita tak tahu siapa yang hati busuk sebenarnya." Ujarnya sebelum bahu kanan Siti ditolaknya kuat. Kaki terus melangkah laju meninggalkan Siti sendirian di situ.

"Kalau betul apa yang aku cakap tu, jangan menangis datang cari aku balik! Mati hidup balik aku takkan tolong kau!" Laung Siti kuat apabila melihat tubuh itu semakin menjauh.

"Tak baiklah sayang cakap macam tu kat Inara." Ayden menegur cara percakapan isterinya. Tahulah sedang marah, tapi janganlah sampai cakap seperti itu. Lawak juga bila wanita itu menceritakan semula bagaimana dirinya dan Inara boleh bergaduh teruk. Ayden menggelengkan kepalanya. Perempuan kalau bergaduh, sudah boleh diibaratkan seperti perang dingin.

"Dah kena tuduh bukan-bukan, siapa je yang tak geram. Lagipun sayang tak jealous pun masa tu..." Siti mencebikkan bibirnya. Bila diingatkan balik rasa macam nak saja dia cili-cili mulut Inara.

"Lepastu you tak bercakap terus ke Inara? Langsung tak tegur?" Soal Qafeel pula. Dari tadi lagi dia duduk mendengar cerita. Niatnya datang ke sini pada awalnya hanya untuk memberitahu sesuatu kepada pasangan itu. Eh, alih-alih Wanita itu pula yang membuka cerita lama.

"Tak, langsung tak tegur. Kalau boleh, mata pun tak nak bertembung" Ujar Siti sambil menyuap kuih gulung ke dalam mulut. Sedap juga makan kuih ini ketika minum petang.

"Habis tu macam mana sayang boleh tahu pasal tu?" Pelik Ayden dibuatnya. Kata tak bertegur, tapi macam mana isterinya boleh tahu yang mak ayah Inara tidak merestui hubungan Inara dengan Faris.

"Kan sayang dah cerita haritu... Tak ingat ke?" Balas Siti ringkas. Dia malas mahu mengulang cerita yang sama.

Ayden menggaru sisi kepalanya. Manalah dia ingat semua tu!

"Dah kau pulak, datang sini semata-mata nak cakap yang kau dah berjumpa dengan ex boyfriend Inara? Itu je?" Soal Ayden kepada sahabatnya pula. Malaslah nak tanya lebih-lebih dekat isterinya, kan tak pasal-pasal mengamuk pula. Sejak mengandung ni, bukan boleh kira sangat emosi wanita itu. Sekejap saja boleh bertukar!

"Taklah, aku datang sini pun sebab nak tanya pasal Faris tu. Manalah tahu kot-kot isteri kau tu tah—" 

"I tak tahu apa-apa pasal Faris. Kalau you nak tahu, better you tanya Inara sendiri." Pintas Siti. Tidak sempat Qafeel mahu menghabiskan ayatnya.

"You cakap you jumpa dengan Faris dua kali... Selain dekat pasar raya, kat mana lagi you jumpa dia?" Soalnya ingin tahu. Kali pertama berjumpa, boleh dikira takdir yang menemukan. Kalau kali kedua berjumpa... Macam mana tu?

"I nampak dia masa kitaorang lunch haritu" Qafeel menggigit ulas bibirnya. Entah kenapa dia tiba-tiba risau.

"Ala kau ni, terjumpa kat restoran je pun. Tak payahlah fikir bukan-bukan pulak."

"Mula-mula terjumpa, lepastu apa pulak?"

"Sayang tak cakap apa-apa pun kan?" Siti segera mengalihkan tangannya yang dicubit oleh suaminya. Matanya turut dilarikan daripada bertembung mata dengan Ayden. Takut melihat cerlungan tajam daripada suaminya. Salah ke apa yang dia cakap?

Qafeel hanya diam di tempatnya. Dirinya langsung tidak terganggu dengan pertelingkahan kecil di antara suami isteri itu. Ada perkara yang mengganggu fikirannya.

"Kebetulan ke?"






Plot makin merapu, tapi tak apalah, kita tibai jelah! 乁⁠(⁠ ⁠•⁠_⁠•⁠ ⁠)⁠ㄏ

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now