BAB 9

870 45 0
                                    


"Ara ada telefon awak tak?" Pak Samad bertanya kepada isterinya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar sejak anak bongsunya itu mula bekerja di KL. Rasa rindu akan anaknya bersarang di hati.

"Haritu ada dia telefon tapi sekejap je lah. Awak nak bercakap dengan dia ke? Saya nak buat video call ni" jawab mak Samah seraya mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Tahu sangatlah orang tua itu rindukan anaknya, dah nama pun anak kesayangan kan.

Pak Samad menganggukkan kepala menandakan 'iya'

Mak Samah memulakan panggilan video.

Beberapa saat kemudian, talian mula bersambung.

"Assalamualaikum mak" terpampang wajah Inara di skrin telefon itu.

"Waalaikumussalam. Ara sihat tak? Mak tengok muka kamu sembap je ni" tanya mak Samah. Risau dengan kesihatan anaknya memandangkan gadis itu tinggal berseorangan di rumah sewa.

"Ara sihat cuma senggugut je, mak tak payahlah risau. Lagipun harini Ara ambil cuti" terang Inara. Tidak mahu emaknya berasa bimbang akan dirinya.

"Ni ayah kamu nak bercakap, rindu katanya" mak Samah menghulurkan telefon kepada suaminya.

"Hai anak ayah, bila boleh cuti balik kampung? Pokok rambutan dah start berbuah dah. Nanti boleh pergi kebun sama-sama" tanya pak Samad.

Buah rambutan memang buah kesukaan Inara, sebab itulah dia berharap agar anak gadisnya itu dapat pulang ke kampung. Boleh makan sama-sama nanti!

"InshaAllah hujung bulan ni Ara balik, nanti kita pergi sama-sama ya. Ayah sihat tak? Mak ada buat perangai tak? Manalah tahu kot-kot merajuk duduk tepi bendang kan" seloroh Inara. Sudah lama dia tidak bergurau dengan keluarganya, rindu pula dengan suasana di kampung.

Wajah ayahnya di skrin itu diusap-usap seolah-olah berada di depan matanya.

"Amboi sedapnya mengata aku!" sampuk mak Samah dari jauh.

"Ayah sihat je, mak kamu pula macam biasalah. Sekejap okey, sekejap moody. Haih pening ayah. Kamu tu jaga diri baik-baik ya duduk sana, ayah tak ada nak tengokkan kamu selalu. Jangan terlalu percayakan orang sangat" pesan pak Samad kepada anaknya.

Pesanan selalu meniti di bibirnya agar anaknya sentiasa berhati-hati kerana sudah banyak isu berkaitan kes cabul timbul belakangan ini.

"Kamu rehatlah dulu, ada masa nanti ayah telefon lagi. Bye! " pak Samad melambaikan tangan di skrin yang memaparkan muka anaknya itu.

"Bye ayah!"  Inara melambai kembali sebelum menamatkan video call. Berair matanya mengingatkan mak ayahnya yang berada di kampung. Dia cukup merindui keluarganya, namun apakan daya dia sudah bekerja dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti tanpa asbab yang kukuh.

Badan dibaringkan semula ke tilam empuk itu. Senggugut yang dialami membuatkan pergerakannya terbatas dek kerana rasa sakit yang mengcekam. Hanya roti keping dan air kosong sahaja yang dijadikan alas perutnya. Nak memasak pun tak boleh!

Awal-awal lagi dia sudah memaklumkan kepada kak Su bahawa dia tidak boleh ke tempat kerja kerana keadaannya yang kurang sihat.






【✿】







Qafeel memandang ke arah meja kosong itu. Fikirnya, gadis itu terlambat ke tempat kerja. Tapi ni dah tengah hari, kenapa tak masuk-masuk lagi?

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now