BAB 29

755 52 8
                                    


"Dah bangun dah?" Inara menyapa suaminya yang sudah mencelikkan mata itu.

Tadi semasa dia turun ke dapur untuk memasak bubur, suaminya masih lagi nyenyak tidur.

Nyenyak betul ya suaminya tidur semalam, tenang saja wajah itu diulit mimpi.

Kakinya menapak ke katil sebelum dia melabuhkan punggung di sisi suaminya. Dulang berisi semangkuk bubur ayam berserta panadol dan segelas air diletakkan di night stand table.

Tangannya dilekapkan ke dahi itu untuk merasakan suhu badan. Alhamdulillah, ada perubahan sedikit. Tidaklah sepanas malam tadi.

"Urmー nak hug lagi" rengek Qafeel kemanjaan. Amboi, tak puas lagi peluk bini semalaman!

"Kalau nak hug, kena makan bubur dulu"

"Tak nak" tolak Qafeel. Dia mahukan pelukan isterinya saja, bukannya bubur. Lagipun dia tidak terasa ingin makan, seleranya hilang.

"Kalau tak mo makan, tak mo hug " ugut Inara. Kalau nak dia peluk, jadi kena dengan cakap dia. Kalau tak buat macam tu, lagi degil lah suaminya nanti tidak mahu mengisi perut. Bukan dia suruh telan nasi pun, hanya bubur ayam saja.

Qafeel mencebikkan bibirnya. Jadi dia terpaksa makan ke ni?

Mangkuk berisi bubur ayam diambil. Bubur ayam yang disudukan itu ditiup perlahan sebelum disuapkan ke mulut suaminya.

"Bismillah"

Qafeel terpaksa menelan bubur ayam itu. Disebabkan mulutnya terasa pahit, jadi bubur ayam itu seolah-olah tiada rasa.

Inara berpura-pura tidak nampak. Tahu sangatlah lelaki itu mahu menagih simpatinya. Lihat daripada mimik muka mengada itu pun dia sudah tahu.

"Uhh!" Qafeel menutup rapat mulutnya apabila isterinya mahu menyuapkan bubur itu lagi. Dia sudah kenyang dan tekaknya tidak mampu lagi untuk menerima suapan seterusnya. Silap-silap boleh termuntah nanti apabila terlalu paksa kan dirinya untuk makan.

"Haih" Inara mengeluh berat. Dia perlu fikirkan sesuatu supaya suaminya tidak berdegil untuk mengisi perut. Mangkuk bubur ayam itu diletakkan semula di atas dulang.

"Makan ni" panadol dihulurkan kepada Qafeel. Nak tak nak, suaminya tetap kena telan ubat. Ini dah kira cukup bagus apabila suhu badan itu sudah turun sedikit.

Tanpa banyak soal, Qafeel terus mengambil panadol itu dan disuakan ke dalam mulut. Sekali telan saja, ubat itu telah selamat masuk ke dalam badan. Tubuhnya kembali dibaringkan ke atas katil. Keadaannya masih lemah, denyutan di kepala pun belum hilang lagi.

Inara memandang sayu suaminya. Tangannya naik membelai lembut rambut lelaki itu.

"Honey dah maklumkan ke kak Su yang hubby ambil cuti sakit tiga hari"

"Erm" itu sahaja yang dibalas oleh Qafeel. Baguslah kalau isterinya sudah memaklumkan kepada Suraya berkenaan kesihatannya.

"Honey masih marahkan hubby ke?"

"Lain kali kita bincang pasal tu. Hubby berehatlah dulu" Lain yang ditanya, lain pula yang dijawabnya. Inara segera berlalu keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur. Memang niatnya untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan itu.

Qafeel hanya menghantar pemergian isterinya dengan ekor mata. Sudah tentu wanita itu masih marahkan dirinya. Sebab itulah pertanyaannya itu tidak dihiraukan.






【✿】






"Macam mana boleh demam ni, angah?" soal Datin Roziah risau. Anaknya jarang sekali demam, kalau demam mengejut mesti ada sebabnya.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now