BAB 19

1K 51 3
                                    


"Jom masuk dalam" pak Samad mempelawa masuk. Dia membantu anak menantunya mengeluarkan beg pakaian daripada bahagian bonet kereta.

Selesai mengangkut beg pakaian ke dalam rumah, Qafeel merehatkan diri sebentar di ruang tamu bagi menghilangkan lelah. Isterinya pula entah lesap ke mana. Turun saja daripada kereta, isterinya terus meluru masuk ke dalam rumah. Dia pula ditinggalkan di luar rumah, mengangkut beg seorang diri. Mujur juga ayah mentuanya sudi membantu.

"Haih, takkanlah dah letih angkut beg banyak tu. Tengok ayah, dah tua pun gagah lagi" pak Samad memicit-micit bahu Qafeel.

"Ayah picit kuat sikit, atas sikit tepi sikit. Ha, dekat situ ayah" arah Qafeel.

Alang-alang dah ada orang sudi nak picit, kita pun on saja lah. Pucuk dicita ulam mendatang. Terasa segar badan apabila diurut oleh ayahnya.

Inara yang baru sahaja keluar dari bahagian dapur tersenyum melihat keakraban suami dan ayahnya. Walaupun masih baru lagi dalam keluarga ini, namun suaminya sudah boleh membiasakan diri.

"Dah-dah, minum air ni dulu" Inara menuangkan air sirap buatannya ke dalam gelas kaca. Memandangkan sekarang ni musim panas terik, memang kenalah air sejuk ni dengan tekak! Hilang segala dahaga.

Satu gelas dihulurkan terlebih dahulu kepada si suami. Kemudian barulah segelas lagi dihulurkan kepada ayahnya.

"Mak mana ayah?" soal Inara.

"Mak kamu keluar dengan along. Temankan si Aisyah beli barang baby"

"Kamu berdua tinggal sini berapa hari?"

"Tiga hari" balas Inara dan Qafeel serentak.

Pak Samad mengiyakan saja. Sekejap saja masa berlalu, dia dah nak berpisah semula dengan anak perempuannya.

"Ara, kamu dah maklumkan belum ke tuan rumah sewa yang kamu dah tak nak menyewa lagi?"

"Dah ayah, Ara dah maklumkan dekat akak Zuli" ujar Inara. Dia juga ada menjemput kak Zuli ke majlis resepsi nanti.

"Honeyー"

Inara berpaling ke arah Qafeel. Suaminya mahu meminta apa pula ni, lain benor nada suara itu.

"Suap" dengan penuh kemanjaan dia berkata. Kepingan kek pisang yang berada di dalam piring ditunjuk. Mimik muka dibuat comel bagi mencairkan lagi hati si isteri. Dia langsung tidak kesah dengan keberadaan ayah mentuanya di situ, janji isterinya suapkan kek itu!

"Manja kali dia" tergelak pak Samad melihat perangai Qafeel. Manja betul dengan isteri! Dia pun nak juga, tapi isterinya pula lesap...

Terkebil-kebil Inara memandang suaminya. Aduh, takkanlah nak bersuap-suap depan ayahnya pula. Malulah!

"Suaplah suami kamu tu. Depan ayah je pun, takkanlah nak malu jugak" seolah-olah dapat membaca fikiran Inara, pak Samad terus memberikan greenlight.

Tersengih-sengih Qafeel menunggu suapan daripada Inara. Sporting  betul ayah mentuanya.

Dah kalau si ayah sudah menegur, tiada apa yang boleh dibantahnya. Inara mengambil sekeping kek lalu disuakan ke mulut suaminya.

Belum sempat Qafeel menggigit kek itu, Inara lekas menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya. Dia tergelak melihat wajah cemberut Qafeel. Pak Samad pula terpinga-pinga melihat karenah suami isteri itu.

Qafeel mula menjarakkan diri dengan isterinya sambil wajahnya dipalingkan ke arah lain. Nak merajuk dengan orang sebelah!

Makin galak Inara mentertawakan Qafeel. Tak sangka Qafeel yang dia kenal selama ini masih kenal erti merajuk. Ingatkan serius 24 jam.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now