BAB 10

1K 51 0
                                    

Inara segera mempercepatkan langkah setelah melihat pintu lif itu bakal tertutup sebentar lagi. Mujurlah ada yang menyedari kehadirannya, segera ditahan pintu lif itu agar tidak tertutup.

Inara menghembus nafas lega setelah berjaya meloloskan diri ke dalam lif. Jimat masa nya tidak perlu menunggu lagi. Dia mengemaskan kembali penampilannya yang sudah kusut itu.

"Morning Inara" sapa salah seorang staff yang turut berada di dalam lif itu.

"Morning Lily" balas Inara sambil tersenyum.

Lily seorang yang amat peramah dan mudah bergaul dengan semua orang, jadi tidak hairanlah jika dia amat disenangi oleh orang lain.

Mereka berborak kosong sementara menunggu lif itu tiba di tingkat yang dipilih masing-masing.

Inara berlalu keluar setelah lif itu tiba di tingkat yang dipilihnya.

Senyuman dilakarkan bagi memaniskan muka apabila bertemu dengan staff  yang lain. Pagi yang indah mestilah dimulakan dengan senyuman yang ikhlas kan!

Namun yang diterimanya pula hanyalah hilai tawa kecil. Ada juga yang mulai berbisik dan memandang ke arahnya.

Dia mula berasa cuak dengan keadaan itu. Tidak mahu dihiraukan, kaki segera menuju ke tempatnya.

"Takkanlah aku ambil cuti dua hari, dah jadi gosip kat office ni. Ke sebab aku lambat datang kerja? Atau pakaian aku ni nampak kelakar?" fikirnya. Pelbagai persoalan menerpa fikirannya.

Sampai sahaja di tempatnya, matanya terpampang melihat sesuatu yang berada di atas meja.

Jambangan bunga ros.

Otaknya mula memahami situasi sekarang ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Otaknya mula memahami situasi sekarang ini. Patutlah dia menjadi tumpuan sesetengah staff, rupa-rupanya disebabkan benda alah ni.

Diambil satu notis kecil yang berada di bouquet bunga ros itu, manalah tahu ada nama yang ditinggalkan oleh si pemberi.

Puas dia membelek notis kecil itu, namun tiada langsung nama yang ditinggalkan oleh si pemberi.

Yang ada hanyalah kata 'speed recovery dear♡'

Inara memandang orang yang berada di sekelilingnya. Namun tiada sesiapa yang sesuai untuk dijadikan sebagai tekaannya.

Siapa sebenarnya yang berikan bunga ros ni?

"Sebenarnya saya yang berikan" seseorang menyapa Inara.

Inara segera memalingkan wajahnya bagi melihat pemilik suara itu.

"Danish?"

Danish melangkah ke arah Inara. Seolah-olah mengetahui apa yang tersirat di hati gadis itu. Senyuman manis dihadiahkan kepada si gadis.

"Awak dah sihat sepenuhnya ke? Larat tak nak buat kerja?" khuatir Danish memandangkan dia mendengar khabar bahawa gadis itu kurang sihat dan mengambil cuti selama dua hari.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now