BAB 2

1.4K 76 1
                                    


"Jauhnya termenung, teringat dekat buah hati ke tu?" Terdengar satu suara menyapa dari bahagian belakang dirinya.

Lamunannya terhenti. Terus muka dialihkan ke arah pemilik suara itu.

"Hah? Eh, mana ada Opah. Qafeel saja ambil angin luar ni, dah lama tak balik kampung kan" balas Qafeel.

Ya, itulah destinasi utama Qafeel. Rumah neneknya. Tujuannya berhenti di kedai pak Mat tempoh hari kerana ingin membeli sedikit barangan dapur untuk neneknya.

"Ye ke, nampak macam menipu je muka tu. Takkan lah tak ada buah hati. Handsome macam ni pun tak ada ke yang berkenan dengan kamu? ke kamu yang memilih sangat ni..." tanya nek Wan.

Qafeel hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik itu. Tidak tahu ingin membalas apa.

Angguk pun tidak, geleng pun tidak..

"Kamu tu jangan memilih sangat, nanti tak laku" perli nek Wan.

Qafeel hanya mendengar perlian daripada neneknya. Bukannya dia tidak mempunyai hasrat ingin berkahwin, namun dia masih lagi tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu. Apatah lagi bila melibatkan pasangan hidup yang akan menempuhi suka duka alam perkahwinan.

Melihatkan cucunya itu hanya mendiamkan diri, nek Wan mula menanyakan perihal lain pula. Banyak betul perkara yang dibualkan anak beranak itu.

Setelah lama mereka berborak, nek Wan mula berasa mengantuk. Jam di dinding pula sudah menunjukkan angka 10 malam. Nek wan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

"Opah nak masuk tidur dulu lah, dah rasa mengantuk ni..."

Orang tua itu terus meninggalkan Qafeel sendirian yang berada di beranda rumah. Dirinya sempat mengingatkan agar pintu rumah itu dikunci sebelum masuk tidur.






【✿】






"Huargh bosannya" terlepas satu keluhan daripada bibir munggil itu.

Badan dihempaskan di atas katil. Dirinya berguling-guling di atas tilam lembut itu sambil memikirkan apa yang patut dibuatnya.

Setelah lama berfikir, matanya tertancap pada telefon pintar yang berada di atas night stand table di tepi katilnya. Tercetus satu idea di kotak fikirannya.

Tangannya laju mencapai telefon pintar itu dan mendail nombor seseorang.

"Hello Siti, tengah buat apa tu?" Inara memulakan bicara selepas panggilan talian bersambung.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Inara Nur Safiya binti Abdul Samad. Tak reti nak bagi salam ke cik kak oii?" terdengar sahutan di talian setelah beberapa minit menunggu.

Ringkas dan padat soalan yang dilontarkan.

Siti merupakan kawan rapat kepada Inara. Mereka mula berkenalan sejak bermulanya sem pertama di kampus. Tambahan pula, mereka mengambil aliran yang sama. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka ada bergurau kasar sesama sendiri.

"EHEHEHEHE!! Sorry lah beb. Aku call ni sebab nak tanya kau tengah buat apa? aku bosanlah duduk terperap dalam rumah" katanya.

Sudahlah dirinya itu merupakan anak bongsu daripada 2 beradik sahaja. Abangnya pula sudah berkahwin dan tinggal di kota metropolitan. Tinggallah dirinya berseorangan di kampung ini.

"Wey, aku ada hot issue  nak share kat kau ni. Kau nak tahu tak, aku ada jumpa mamat poyo dekat kedai pak Mat 2 hari lepas" Inara membuka topik itu untuk menghangatkan perbualannya.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now