BAB 17

925 53 0
                                    

Cepat sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik kini hari yang ditunggu-tunggu telahpun berkunjung tiba.

Dalam berhempas pulas ke sana ke sini membeli segala kelengkapan, akhirnya persiapan perkahwinan telahpun siap disediakan oleh kedua-dua belah pihak.

Keluarga Inara juga telahpun bersepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di sebuah dewan resort bagi memudahkan pihak sebelah sana untuk menginap di tempat yang sama sahaja.

"Cantiknya kawan aku ni!" puji Siti. Tangannya sibuk mengusap wajah si pengantin perempuan. Cantik betul gaun pengantin yang dikenakan oleh Inara, berwarna putih dengan corak-corak bunga kecil di fabrik itu.

Dia tidak menyangka bahawa sahabatnya itu akan turut berumah-tangga. Fikirnya, Inara masih belum bersedia lagi untuk tempuhi semua tu. Namun manusia hanya sekadar merancang, sebaliknya Allah SWT lah yang menentukan.

"Urm, aku nervous lah. Rasa macam nak cancel majlis ni" ringkas Inara membalas. Ringkas, namun jawapan itu mungkin boleh membuat semua orang gelabah.

"Hoi, kau ingat ni majlis ajak lepak ke? Senang senang nak tukar plan. Kalau lepak kedai mamak tu, tak apa lah juga kalau kau nak cancel pun. Ni majlis akad nikah akak oi!" bebel Siti.

Aduh, jangan Inara lari dari majlis ni sudah! Penat dia nak kejar nanti. Kalau dia pakai seluar tak apa lah juga, ni dia pakai kain duyung. Pishang nanti mat!

"Aku rasa je, tak buat pun" balas Inara. Dia cuma cakap, tak terdetik pun nak buat macam tu. Buat malu air muka mak ayah dia saja nanti kalau dia bertindak bodoh.

"Dah-dah tak payah fikir, dah nak mula majlis ni. Cuba kau tengok cermin ni, tengok diri kau sekarang. Cantik kan, dah serupa bidadari dah aku tengok" Siti mengalihkan badan Inara supaya menghadap cermin.

Inara memerhatikan dirinya di balik pantulan cermin itu. Dia sendiri masih lagi tidak percaya bahawa dia akan sampai ke tahap ini. Dalam pada rasa yang gembira untuk bergelar seorang isteri, perasaan khuatir serta berdebar sentiasa bergerak seiring dengannya. Moga-moga rumah tangga yang bakal dibina ini kekal teguh hingga ke akhir hayatnya.

"Dah siap? Pengantin lelaki dah bersedia dah tu. Kamu dah boleh turun ni" mak Samah melangkah masuk ke ruangan bilik itu. Senyuman manis terlakar di wajah apabila melihat wajah berseri anaknya. Tak sangka, anaknya bakal bertukar status menjadi isteri orang sebentar sahaja lagi.

Mereka bertiga mula bergerak meninggalkan bilik itu apabila semuanya sudah terasa elok di mata.

Para tetamu yang hadir mula memandang ke arah pengantin perempuan yang tiba di pintu dewan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Para tetamu yang hadir mula memandang ke arah pengantin perempuan yang tiba di pintu dewan.

Inara mengerling sekilas ke arah Qafeel. Qafeel segak mengenakan baju melayu berwarna putih, sama seperti warna gaun pengantin yang dikenakannya.

Jurukamera mula menghalakan kamera pada pengantin perempuan yang sedang bergerak ke arah pelamin. Tidak henti-henti lensa kamera berkelip ke arah wajah cantik Inara dan wajah tampan Qafeel.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now