BAB 21

1.1K 52 1
                                    


"Kenapa sampai lambat ni? Jammed teruk sangat ke?"

Kepulangan suami isteri itu disambut Datin Roziah. Tak tenang hatinya selagi anak menantunya masih belum sampai ke rumah. Risau takut perkara buruk menimpa mereka.

"Angah singgah tempat lain tadi, tu yang lambat sikit" balas Qafeel. Pintu rumah itu ditutup setelah beg pakaian dibawa masuk. Barang-barang yang lain pula masih berada di dalam kereta, esok saja lah dia memunggah semua barang-barang itu.

Inara pula hanya mendengar. Aduhai suaminya ini, konon-konon nak dating  sambil tengok sunset  tepi pantai. Tapi Qafeel lupa mereka berada di Terengganu, sebelah pantai timur. Kan dah tak jadi tu. Macam manalah nak dating  kalau dah gelap langit tu. Kan tak pasal-pasal daripada berdua, tiba-tiba jadi bertiga.

"Yang lain dah tidur ke mama?" tanya Inara. Senyap saja rumah besar itu, mungkin semua orang sudah masuk tidur. Hanya Datin Roziah saja yang masih menunggu mereka.

"Ha'ah Inara, semua dah masuk bilik. Kamu berdua pun masuklah berehat, masing-masing dah penat kan. Mama nak ke dapur sekejap nak minum air" kata Datin Roziah sebelum berlalu ke bahagian dapur.

Inara tersenyum simpul. Dia tak penat pun sebenarnya, yang penat cuma Qafeel sahaja kerana suaminya yang drive. Dia pula hanya tidur mati sepanjang perjalanan. Tup tup dah sampai!

Beg pakaian yang berada di sisi ditarik dan dibawanya. Langkah si suami dibontoti dari belakang memandangkan ini pertama kali dia tinggal di sini, jadi dia masih belum mengenali selok belok rumah ini. Sebuah lif dinaiki mereka ke tingkat atas.

Keluar sahaja daripada lif, mereka membelok ke arah kanan.

"Yang ni bilik kita" Qafeel membuka pintu bilik itu.

"Besarnya bilik ni" desis hati kecil Inara. Beg pakaiannya diletakkan di bucu katil. Tilam empuk itu didudukinya. Dia memandang ke segenap bilik, ruangan bilik itu jauh lebih besar lebih selesa berbanding biliknya. Walaupun biliknya tidaklah semewah bilik ini, namun suaminya tidak pernah pula mempertikai akan hal itu semasa berada di kampung. Salah satu rezeki juga untuk dia kerana Allah SWT kurniakan suami yang baik.

"Honey ke hubby nak mandi dulu ni? Ke nak mandi sekali? Boleh jimat air" soal Qafeel yang baru keluar daripada bahagian closet. Kini dia sudah tidak berbaju, hanya tuala sahaja yang terlilit di pinggangnya. Kaki melangkah ke arah si isteri.

"Awー hubby  lah mandi dulu, honey nak berehat sekejap" balas Inara dengan nada perlahan. Bibirnya ditampar perlahan, hampir-hampir saja dia tersasul menyebut perkataan itu.

"Okey honey" sempat Qafeel menarik hidung mancung isterinya sebelum berlalu ke bilik air.

Melihatkan suaminya sudah hilang ke dalam bilik air, dia merebahkan badan ke atas tilam. Mata dilelapkan sebentar sementara menunggu suaminya selesai mandi.

15 minit berlalu,

Qafeel melangkah keluar dari bilik air. Bebola matanya mencari kelibat isterinya. Tersenyum halus bibirnya melihat tubuh genit itu sudah terbongkang di atas katil. Kaki melangkah ke arah si isteri.

"Honey " panggilnya perlahan. Pucuk hidungnya digesel kan ke hidung mancung itu. Seronok juga dapat ganggu isteri ni!

Inara menggeliat kecil, tidurnya sudah terganggu. Kelopak mata dibuka perlahan dek merasakan ada titisan air yang jatuh di mukanya. Pandangannya mula terhidang dengan wajah kacak si suami apabila bukaan matanya sempurna.

Suaminya baru sahaja selesai mandi, rambut pun masih belum dikeringkan, masih basah lagi. Inara menolak perlahan wajah itu.

Bauan sabun daripada badan Qafeel menerjah masuk ke hidung Inara. Wangi, sangat membuatkan dirinya ketagih dengan bau itu. Ditambahkan lagi dengan suaminya yang hanya bertuala sahaja, sangat menggoda baginya. Ketulan-ketulan badan itu terlalu menarik perhatiannya. Suka betul dia dengan body  seksi itu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now