BAB 14

896 44 1
                                    

Pagi yang indah, sang matahari sudah mula berginjak memunculkan diri di sebalik awan. Walau begitu, angin sejuk masih terasa menerpa wajah-wajah yang sudah berada di dunia luar. Bunyi enjin kenderaan hanya sayu-sayu di pendengaran, barangkali ada yang mengambil keputusan untuk berada di rumah sahaja.


Dan disebalik pagi yang indah itu juga, masih terdapat sosok tubuh yang masih terbongkang tidur berselubung di dalam selimutnya. Ya, itulah Inara Nur Safiya.

Sudah tentu gadis itu lebih memilih untuk membuta di pagi hari memandangkan hari ini masih hari minggu. Tak lain tak bukan, hanya untuk 'qada' semula tidurnya.

'KRING KRING'

Telefon yang berada di bedside table berdering minta diangkat.

Menggeliat perlahan badan kecil itu apabila tidurnya terganggu. Terasa pusing kepala apabila tersentak dari tidur dalam keadaan begitu. Kepala diangkat dan diletakkan semula ke tilam empuk. Telinga ditekup menggunakan bantal dan menghiraukan telefon yang berbunyi itu.

"Siapa pula yang call pagi-pagi buta ni" keluar rungutan dari celahan bibir itu.

Inara mencelikkan matanya perlahan-lahan. Dalam keadaan yang masihmamai, dicapai juga telefon yang tidak berhenti menjerit itu. Tanpa melihat nama yang tertera di skrin, Inara terus menekan tombol jawab.

"Nak apa?" mendatar nada suaranya. Masih tidak puas hati dengan si pemanggil.

"Assalamualaikum. Wah, tak bangun tidur lagi ya future wife saya ni. Janganlah marah-marah, nanti cepat tua. Kita tak naik pelamin lagi ni, anak pun tak buat lagi" kata Qafeel di talian.

Fikirnya gadis itu sudah bangun dari lena, namun sangkaannya meleset. Ternyata gadis itu masih lagi membuat tahi mata.

Inara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa pula lelaki itu cakap merapu sekali. Menyesal pula dia menjawab panggilan itu, makin serabut dibuatnya. Bukan ke sepatutnya mereka masih berada dalam fasa pergaduhan?

"Hello, are you still there?" Aneh apabila tiada balasan. Sambung tidur balik ke?

"Nak apa?" soalan yang sama diajukan kembali.

"Bangunlah, dah pukul berapa ni. Pergi mandi lepastu siap cepat-cepat sikit. Nanti saya jemput awak. Bye, I love you! " talian dimatikan.

Inara mengerdipkan matanya, terkejut barangkali mendengar ungkapan di akhir kata itu. Ditampar-tampar kedua belah pipi merah.

"Apa dia cakap tu raju?"

Niat untuk meneruskan kembali tidurnya terbantut sudah kerana dia sejenis yang sukar melelapkan mata semula apabila sudah terjaga. Dengan langkah longlai, kaki bergerak ke arah pintu bilik air selepas tuala dicapainya.

Setelah membersihkan diri, Inara segera bersiap memakai pakaian ala kadar. Dicalitkan sedikit makeup ke muka bagi menutup mukanya yang sembap.

'Ping'

Inara segera bergegas ke pintu utama rumahnya apabila mendengar bunyi hon kereta. Terpacaklah sosok tubuh yang berada di pagar rumah sambil melambaikan tangan ke arahnya apabila dibukakan pintu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now