BAB 20

1.1K 43 0
                                    


"Ara dah nak balik petang ni?" Tempat di sebelah kiri Inara didudukinya.

"Ha'ah kak Aisyah. Tadi Qafeel dapat call, ada hal mustahak. Urgent katanya. Tu yang tiba-tiba kena balik awal" Inara membalas pertanyaan kakak iparnya.

Perut kakak iparnya yang membulat ke hadapan dipandangnya. Tangannya dilekapkan seraya perut itu diusap-usap perlahan.

"Bila due date bersalin?" soalnya. Perut itu sudah kelihatan cukup besar baginya, tunggu masa untuk meletup saja. Tak sabar rasanya mahu menimang anak buah.

"Lambat lagi lah Ara, sekarang ni baru masuk tujuh bulan. Mungkin disebabkan twins, perut akak dah nampak bulat besar macam ni" seloroh Aisyah. Lain orang lain badan. Mungkin atas faktor mengandung, berat badannya juga sudah banyak meningkat.

"Hello my fruits son, how are you?"  Inara melekapkan telinganya pada perut bulat itu untuk mendengar tendangan daripada bayi. Tergelak kecil Inara apabila pertanyaannya mendapat respon.

Aisyah mengaduh kecil apabila bayi di dalam perutnya mula menendang. Inara yang menyedari akan hal itu segera menjauhkan dirinya daripada perut itu.  Wajah kakak iparnya yang sudah berkerut itu dipandang.

"Sakit ke akak? Sorry " Inara menggigit bibirnya. Terasa bersalah pula apabila melihat wajah itu menahan sakit.

"Eh tak ada apa lah Ara, akak dah biasa dah. Cumanya kalau baby ni tendang memang rasa senak sikit perut" Aisyah mengusap lembut kandungannya. Dia memang sudah terbiasa dengan itu. Lagi-lagi kalau suaminya mengusap kandungan, memang baby  ni tak boleh duduk diam lah. Macam tahu-tahu saja itu ayahnya.

"Nanti Ara tak sempat lah nak barbeque sekali, Irwan baru cadang nak buat malam ni. Tadi pun, dia dengan Qafeel dah beli semua bahan"

"Hurmー" terselit rasa sedih disebalik kata itu. Inara memuramkan wajahnya. Jarang-jarang keluarganya dapat berkumpul begini memandangkan semua sudah berkeluarga. Baru hendak ber quality time with family , suaminya pula ada urusan. Tapi nak buat macam mana, itulah kehidupan setelah berumah-tangga. Masing-masing dengan kehidupan sendiri.

"Assalamualaikum" salam diberi sebelum memasuki rumah.

Aisyah dan Inara menoleh ke arah gerangan yang memberikan salam. Kelihatan Irwan dan Qafeel yang baru sahaja pulang. Entah ke manalah dua orang ni melencong.

"Pergi mana?" Inara menyapa suaminya. Selepas bersarapan tadi, suaminya terus lesap bersama abangnya. Balik rumah pun sekejap saja, itupun sebab bawa balik bahan barbeque. Mentang-mentanglah dah rapat dengan abang ipar, bini sendiri dia tinggalkan kat rumah sorang-sorang. Nasiblah ada kakak ipar, kalau tak tercongoklah dia seorang diri. Mak ayahnya pula ke masjid, nak dengar kuliah pagi.

"Irwan bawa jalan-jalan ronda kampung kenal-kenal orang sini. Lepastu singgah rumah opah sekejap, alang-alang dah lalu depan rumah. Petang nantikan dah nak balik"

Tempat kosong di sebelah isterinya diduduki. Rambut Inara yang terjuntai keluar diselitkan ke tepi telinga. Haih, isterinya selalu saja melepaskan rambut tidak terikat.

Irwan pula membantu isterinya itu untuk berdiri. Perut dah ke depan, memang agak susahlah nak bangun dari duduk.

"Akak masuk bilik dulu ya, nak berehat" Aisyah melangkah dengan perlahan-lahan ke arah bilik sambil bahunya dipegang erat oleh suaminya. Orang mengandung memang mudah sakit pinggang, jadi eloklah dia berbaring dalam bilik pula. Selesa pun selesa.

Inara menganggukkan kepala, dia hanya memerhati abang dan kakak iparnya memasuki bilik tidur. Kepala ditolehkan semula ke arah Qafeel. Matanya dipicingkan seraya tangan laju mencubit bahu kekar itu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now