BAB 47

422 22 3
                                    

Matahari perlahan-lahan mula dimakan langit. Muka langit yang kemerahan kini berubah warna. Hampir gelap dan kelam.

Namun, bayang si suami masih belum kunjung tiba. Waktu maghrib makin menghampiri. Hati Inara terdetik resah. Adakah kerana pertengkaran tadi, lelaki itu tidak pulang-pulang? Masih terasa hati dengan sikapnya?

Inara tidak senang duduk. Mahu ditelefon pun tak boleh. Telefon Qafeel ada bersamanya. Haih!

Teringatkan sesuatu, segera telefon pintarnya dicapai. Ada baiknya jika dia bertanyakan kepada Siti, manalah tahu Qafeel ada bertemu dengan si Ayden. Jari yang mahu menekan nombor telefon itu lantas terhenti apabila pintu bilik itu dibuka seseorang.

Qafeel menutup semula pintu bilik itu. Kaki melangkah ke arah sofa lalu bagasi bersaiz sederhana itu ditarik mendekat. Dia tahu Inara sedang memerhatinya namun sengaja dia membuat tidak endah. Beberapa pakaian diambil lalu dia segera memasuki bilik air. Mahu membersihkan diri dahulu sebelum menunaikan solat.

Inara hanya diam di atas katil. Wajah itu kelihatan serabut. Rambutnya juga kelihatan sedikit kusut. Namun, dia tidak tahu bagaimana mahu menyapa suaminya semula. Mulutnya berat mahu membuka bicara. Malu, segan, semuanya bercampur.

Setelah apa yang berlaku, mungkin betul dia yang menyebabkan semua ini berlarutan. Salahnya sendiri. Dia yang ego, langsung tidak memberi peluang kepada Qafeel untuk menjelaskannya.

Dan sekarang, lihatlah. Dia pula yang perlu menagih maaf. Padanlah dengan sikapnya sebelum ini.

Qafeel membentangkan sejadah berhadapkan kiblat. Kopiah dipakaikan ke kepala. Dia mula menunaikan solat maghrib. Inara bersandar di kepala katil. Matanya tidak terlatih daripada melihat lelaki itu. Memandangkan dia sedang datang bulan, jadi tiada apa-apa yang perlu dilakukannya.

Usai solat, tangan diangkat memohon doa. Dalam diam, Inara turut melakukan perkara yang sama. Menadah tangan berdoa. Apabila selesai, telapak tangan dibawa ke wajah. Mengaminkan doa.

Qafeel menanggalkan kopiah. Matanya ligat mencari sesuatu. Melihatkan telefon pintarnya terletak elok di atas meja sebelah katil, dia segera mencapainya. Inara yang sedang memandangnya tidak dihiraukan. Telefon itu diambil lalu dia mengambil tempat di sofa panjang.

Inara mengetap bibir. Qafeel langsung tidak memandangnya. Malah, lelaki itu hanya sibuk dengan telefon di tangan. Jarinya memetil selimut.

"Aa─ awak pergi mana tadi?" Soalnya perlahan. Malu, tapi tak apalah.

Soalan Inara dibiarkan tidak berjawab. Qafeel  dengar tetapi dia tidak mahu menjawabnya. Kenapa tiba-tiba baik hati pula mahu bertanya ke mana dia pergi? Sebelum ini tak ada pula wanita itu bersikap seperti itu. Ke sebab rasa bersalah?

"Awak pergi mana tadi?" Soalan yang sama diulang kembali. Mengharapkan Qafeel akan menjawabnya untuk kali ini. Namun sia-sia sahaja apabila melihatkan lelaki itu lebih sibuk menaip sesuatu di telefon.

Inara menyerah kalah. Tidak guna bertanya lagi. Sedangkan orang di sana langsung tidak sudi membalas pertanyaannya. Badan diturunkan daripada bersandar. Selimut ditarik menutupi badan. Mata dipejamkan. Ikutkan, hatinya terasa. Tapi bila difikirkan semula, Qafeel mungkin jauh lebih terasa hati dengannya.

Qafeel mengerling sedikit ke arah si isteri. Agaknya wanita itu sudah mula melelapkan mata memandangkan badan itu sedang membelakanginya. Senyum sinis terjongket naik. Baru sikit, takkanlah dah koyak?

Dia bangun dari baringnya. Jaket hitam disarungkan ke badan. Kunci kereta dicapai lantas kaki laju menapak keluar dari bilik itu.

Inara hanya mampu mendengar suara pintu bilik itu ditutup. Dalam diam, air matanya mula mengalir membasahi pipi.











PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now