BAB 39

367 14 0
                                    

TING! TING! TING!

Dentingan telefon yang kerap berbunyi menandakan mesej baru masuk. Inara yang sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin make up terus mengerutkan dahinya. Mesej apa pula yang dihantar kepadanya?

Losyen badan disapukan terlebih dahulu di bahagian lengan. Kemudian, dia bingkas bangun dan menapak ke arah night stand table. Punat telefon pintar ditekan. Ada beberapa mesej bergambar yang dihantar oleh seseorang kepadanya. Agak pelik kerana nombor itu tidak tersenarai dalam kenalannya dan profil itu tidak mengenakan sebarang gambar. Siapa ya?

Tidak mahu memusingkan kepala, mesej itu lantas dibuka.

PUP!

Telefon pintar itu terus terlepas dari tangannya dan terhempas di atas permukaan tilam sebaik sahaja dia melihat gambar yang dihantar. Tangannya terus bergetar dan nafasnya seakan tiba-tiba sesak. Betul ke apa yang baru dilihatnya?

Takkanlah dia perlu hadap perkara yang sama lagi! Baru semalam dia dan Qafeel bercakap mengenai hal ini.

Pandangannya ditunakkan kembali ke skrin telefon pintar itu. Ada dalam lima keping gambar yang dihantar kepadanya.  Jarinya laju bermain di skrin telefon. Setiap gambar itu ditenungnya nya dengan tajam. Hatinya seolah dihiris-hiris dengan pisau. Sakit yang tak berdarah. Gambar yang menampakkan pasangan itu sedang tidur berpelukan terus ditenungnya. Qafeel? Tidur dengan perempuan lain?

Dia tidak bodoh untuk tidak mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh mereka berdua. Dengan keadaan mereka yang half naked, sesiapa sahaja pasti akan memahaminya. Tapi betul ke itu suaminya? Dan perempuan itu pula, wajahnya langsung tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Memang asing di penglihatannya.

"Tak tak, jangan percaya, Inara! Sekarang kan zaman dah moden. Kalau setakat nak edit gambar macam ni, petik jari boleh siap! Mesti ada yang sengaja nak pecah belahkan hubungan kau dengan Qafeel! Mungkin itu motif utama dia hantar gambar ni!" Rasa curiga terhadap Qafeel segera diusir. Tak mungkin Qafeel akan curang di belakangnya! Suaminya masih tahu apa yang betul dan apa yang salah!

Lagi satu, lelaki itu tidak pernah pulang ke rumah lewat malam. Paling lewat, dalam lingkungan pukul lapan malam saja. Itu pun jarang-jarang. Tapi tak boleh nak kata jarang-jarang juga memandangkan sudah beberapa hari Qafeel pulang lewat.

Dan kenapa tiba-tiba perkara ini berlaku sedangkan selama ini hubungan mereka baik-baik saja? Pasti ada seseorang yang merancang disebalik semua ini.

Gagang telefon ditekan. Dia perlu bercakap dengan si penghantar. Inara menunggu panggilannya dijawab. Beberapa saat kemudian, akhirnya panggilan itu berbalas.

"Hello, assalamualaikum. Saya tak tahu dengan siapa saya bercakap sekarang ni. Saya tak kenal siapa awak dan saya rasa kita tak pernah berjumpa. Tapi kalau niat awak hantar gambar tu semata-mata untuk buatkan saya rasa sangsi dengan suami saya, awak silap orang. Saya tak mudah nak diperbodohkan dengan bukti-bukti tak kukuh macam tu. Sekarang semua orang boleh buat perkara macam tu. Jadi, saya tetap akan percayakan suami saya dan kalau hati saya masih ada ragu-ragu, saya akan tanya suami saya sendiri dan bukannya orang luar." Terang Inara satu persatu kepada talian di sebelah sana. Dia mencari nafas semula setelah selesai meluahkan isi hatinya. Orang seperti ini perlu diajar cukup-cukup. Kalau tak,makin menjadi-jadi perangainya nanti!

Namun, tetap saja kata-katanya itu hanya dibalas dengan gelak tawa dan kata sindiran.

"You ni terlampau yakin lah. Mana you dapat confident macam tu? Kat Shopee? Kelakarlah. I ni bukan apa, cuma kesian tengok you kena tipu hidup-hidup dengan suami sendiri. You terlalu naif sampaikan tak sedar langsung apa yang Qafeel buat belakang you. You fikir yang lelaki ni cukup ke dengan satu perempuan? Hell no! Apatahlagi yang kaya-raya macam Qafeel. Kalau dia pernah luah rasa sayang sekalipun dekat you, tu semua hanya di bibir. Bukan dari hati. Macam ni lah, I tak nak cakap lebih-lebih dalam ni. Apa kata kita jumpa hari ni? I akan cerita semuanya dekat you. Itu pun kalau you sanggup dengar lah." Dengan penuh sombong dia berkata. Kata-kata sindiran langsung tidak lekang dari mulutnya, malah makin seronok rasanya dapat menyakitkan hati kaum sejenis.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now