BAB 25

972 51 0
                                    


"Honey, esok kita keluar jalan-jalan lagi ya!" Ujar Qafeel seraya memandang wajah cantik isterinya. Badannya elok berbaring berdekatan isterinya sambil kepalanya diletakkan di atas peha isterinya.

"Tapi bukan ke esok hubby cakap nak rehat? Tak penat ke? Harini kan kita dah pusing-pusing bandar Istanbul ni." Jawab Inara pula sambil tangannya mengusap lembut rambut suaminya. Suaminya tak tahu erti letih ke? Dia dah surrender dari awal pagi tadi lagi, dah lenguh kakinya nak bergerak ke tempat lain.

Namun apabila dilihatkan wajah teruja suaminya ingin membawanya mengenal kota Istanbul, maka dia turutkan saja kehendak suaminya. Tapi dalam masa yang sama, dirinya turut gembira kerana suaminya tidak henti-henti membahagiakan hatinya.

Sudah empat hari berlalu sejak daripada mereka menjejakkan kaki ke sini. Pelbagai tempat yang menarik juga telah dikunjungi oleh mereka berdua dalam tempoh empat hari itu. Paling tidak dilupakan ketika mereka menaiki Bosphorus Cruise dan menikmati pemandangan indah masjid-masjid yang terkenal di Istanbul.

"I have another plan for tomorrow. Just wait and see, okay?"

"Hm okey." Inara hanya ikutkan saja segala apa yang dirancang oleh Qafeel.

"Hubby ni bila nak bangun? Dah kebas peha honey ni duk tampung kepala batu hubby." Hidung mancung itu dicuitnya agak kuat. Seronok betul ya landing kepala atas peha orang!

"Auch! Sakitlah honey! Macam mana kalau hidung mancung hubby ni kemek? Kan dah tak handsome tu!" Terus terbangun dirinya daripada berbaring. Hidung mancung itu digosoknya lembut. Wajahnya dimasamkan kepada isterinya sebagai petanda dia sedang merajuk.

"Padan muka. Siapa suruh letak kepala atas peha honey. Bantal ni bukan main lagi lembut tapi peha ni jugak yang dia pilih."

"Wahh, dah pandai menjawab sekarang ya..." Qafeel mencerlung tajam ke dalam retina mata milik isterinya.

Inara tidak mengendahkan pandangan maut itu sebaliknya dia malah menayangkan senyuman mengejek. Dia tahu suaminya tidak akan mengapa-apakan dirinya apatahlagi naik tangan atau mencederakan badannya. Kata sayang bini!

Malas nak dilayankan lebih-lebih karenah suaminya, lebih baik dia merehatkan diri terlebih dahulu memandangkan esok mereka akan berjalan lagi. Ditarik comforter tebal itu bagi menyelimuti separuh badannya manakala bantal empuk itu ditepuknya sebelum kepalanya direhatkan di situ.

Qafeel terkedu melihat isterinya yang langsung tidak mengendahkan cerlungan tajam daripadanya. Isteri dia dah tak takut ke dengan dia? Huh, tak boleh jadi ni!

Tubuh isterinya yang membelakangi dirinya dipandang.

TIK! TIK! TIK! TIK!

Qafeel dengan nakal memainkan jarinya di sekitar bahu isterinya. Dicocok-cocok lembut bahu itu supaya tidur isterinya terganggu.

"Honey..." Panggilnya dengan nada agak meleret.

Inara memekakkan telinganya, sengaja dia memulaukan suaminya. Biarlah Qafeel syok sendiri, bercakap pun seorang diri.

Tak lama selepas itu, dia tidak lagi merasakan sentuhan di bahunya. Mungkin suaminya sudah fade up agaknya.

Sebelah mata dicelikkan sedikit untuk mengintai keadaan. Sudah gelap bilik tidur mereka, hanya diterangi lampu luar balkoni sahaja sekarang ini. Mungkin suaminya juga sudah mahu berehat. Tapi macam gelap sangat ni.

Baru sahaja ingin melelapkan mata semula, tiba-tiba dia merasakan sesuatu menjalar masuk ke dalam baju tidurnya. Terbuka luas matanya apabila tangan kekar suaminya mengusap lembut perutnya tanpa beralaskan sebarang kain. Nafas berat suaminya juga terasa dekat dengan telinganya saat ini.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now