BAB 44

786 41 8
                                    

Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Sinaran cahaya lampu yang menyuluh muka membuatkan pandangan sedikit berpinar.

Inara menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa di dalam bilik itu melainkan dirinya seorang yang sedang terlantar di katil bersaiz sederhana besar. Otaknya cuba memproses tempat yang amat asing dipandangnya itu. Badannya turut dibangunkan dan disandarkan di kepala katil.

Kepalanya yang tiba-tiba berdenyut menyebabkan tangannya automatik naik memegang kepala yang sudah berbalut dengan kain kasa. Rasa sakit itu sedikit sebanyak masih lagi dirasakannya. Buat seketika, matanya dipejamkan dan dibuka semula apabila rasa itu mula beransur pergi. Pandangannya ditunakkan pula ke meja sebelah kiri katil. Melihatkan ada sebuah jag air berserta satu gelas kaca yang diletakkan di situ, tangannya terus dipanjangkan untuk mencapainya. Tekaknya tiba-tiba terasa haus pula.

Baru sahaja dia mahu menuangkan air putih itu ke dalam gelas kaca, tiba-tiba pintu bilik yang didiaminya dibuka dari luar. Terus terbatal hajatnya untuk membasahkan tekak apabila melihat gerangan yang memasuki bilik itu.

"Eh, Inara dah sedar? Ada rasa sakit-sakit tak? Ucu, tolong panggilkan doktor!" Katil yang diduduki oleh Inara segera dirapati nya. Wajah terkulat-kulat menantunya itu membuatkan hati tuanya sedikit risau.

Datin Roziah melabuhkan duduk di birai katil. Alhamdulillah, Inara sudah sedar!

Wajah mulus Inara dielus nya lembut. Lega rasanya apabila wanita itu sudah mencelikkan mata.

"Inara okey tak ni? Kalau tak okey, cakap. Jangan senyap." Kata Datin Roziah lagi.

"Inara okey, mama. Cuma kepala ni lah rasa berdenyut sikit." Luah Inara setelah agak lama mendiamkan diri. Wajahnya turut dimaniskan kepada Datin Roziah sambil tangannya menggenggam lembut tangan mentuanya. Kemudian, badan Datin Roziah ditariknya ke dalam pelukan.

Raut kerisauan yang terpancar di wajah itu sedikit sebanyak telah mengubat hatinya yang sudah rabak. Dalam keadaan begini, dia berasa amat bersyukur kerana keluarga mentuanya masih mengambil berat terhadapnya walaupun suaminya sendiri tiada di sisi. Entahlah, mungkin lelaki itu sedang berseronok dengan perempuan lain atau lebih tepat lagi dengan pembantu peribadinya. Mengingatkan tentang itu, tubir matanya yang sudah kering daripada mutiara jernih seolah terasa panas kembali.

Kenapalah nasibnya selalu begini? Apa salahnya?

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik itu diketuk seseorang. Pelukan mereka lantas dileraikan.

"Puan boleh tunggu di luar sekejap. Saya nak periksa keadaan pesakit dahulu." Ujar seorang doktor perempuan yang sedang berada di muka pintu bilik.

Datin Roziah mengangguk faham lalu turun daripada katil. Dia memberi ruang kepada doktor yang bernama Sandra itu untuk memeriksa keadaan Inara. Pintu bilik itu ditutup semula setelah dia membolos keluar.

"Mama, Inara okey ke tak? Dia ada cakap apa-apa tak?" Soal Qafeel kepada Datin Roziah. Wajah itu dipandang bersilih ganti dengan wajah adik bongsunya. Tadi dia turun ke cafeteria bersama dengan papanya untuk mengalas perut. Dengar sahaja berita yang isterinya sudah sedar, dia segera bergegas ke tingkat atas dan menuju ke bilik yang menempatkan wanita itu. Gembira tak usah dikata apabila mendengar berita baik itu.

"Tadi, Inara ada cakap yang kepala dia berdenyut sikit. Angah janganlah fikir yang bukan-bukan. Nanti kita dengar apa yang doktor tu cakap pulak." Balas Datin Roziah ringkas. Dia cuba menyedapkan hati anaknya itu. Lengan Qafeel ditarik supaya ikut duduk di kerusi yang disediakan. Mereka duduk menunggu doktor Sandra keluar membawa berita.

Tak lama, pintu itu kembali dibuka dari dalam. Mereka sekeluarga segera bangun dan menapak ke arah doktor Sandra.

"Macam mana doktor keadaan isteri saya?" Soal Qafeel mahukan kepastian.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now