BAB 8

995 48 0
                                    

"Kita nak pergi mana ni?" soal Inara apabila kereta yang dipandu Qafeel menghala ke laluan yang bertentangan dengan pejabat.

"Somewhere"

Inara menelan air liurnya apabila mendengarkan jawapan itu. Terasa kesat air liur yang berada di kerongkongnya.

"Dia nak bawa aku pergi mana ni?" soalnya dalam hati. Dia cuba berfikiran positif bagi menyedapkan hati. Tidak mungkin lelaki itu mempunyai niat buruk terhadapnya.

Qafeel mengerling Inara. Wajah itu terus bertukar pucat sejurus dia menjawab pertanyaan gadis itu. Entah apalah yang difikirkannya.

"Jangan risau, saya cuma nak ajak awak pergi satu tempat. Saya tak ada niat nak apa-apa kan awak pun" beritahu Qafeel sambil tangan mengetuk-ngetuk stereng.

Riak wajah risau mula mengendur apabila mendengar ulas dari bibir itu. Inara menarik nafas lega, sekurang-kurangnya dia selamat daripada perkara buruk. Dia yakin lelaki itu seorang yang budiman dan tahu menghormati perempuan. Tidak seperti Irsyad.

30 MINIT KEMUDIAN

"Kita dah sampai" Qafeel memarkir keretanya di sebuah bawah pohon yang rendang itu. Kereta dimatikan sebelum kaki melangkah keluar dari kereta.

Inara memandang ke sekeliling. Mereka berada di sebuah taman yang terdapat sebuah tasik di tengah-tengah taman itu. Tenang saja keadaan di situ. Angin sepoi-sepoi mula menampar lembut pipinya.

Tidak ramai orang yang berada di situ. Hanya ada beberapa orang sahaja sedang duduk di bangku yang menghadap ke arah tasik itu. Barangkali baru selesai berjoging kerana mereka memakai t-shirt dan seluar track.

Inara melabuhkan duduk di sebuah bangku kosong. Bagus juga lelaki itu membawanya ke sini, dapatlah dia merehatkan fikiran setelah sekian lama menghadap skrin monitor dan fail dokumen di pejabat.

Inara mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya bagi mengambil beberapa keping gambar. Boleh dijadikan koleksi pemandangan di galeri telefonnya.

Qafeel pula hanya berdiri di belakang Inara. Gadis itu sibuk mengambil gambar, langsung tidak mengendahkannya. Angin yang bertiup agak kuat di kawasan tasik itu menyebabkan shawl yang dipakai gadis itu mula beralung-alung.

Qafeel menoleh ke arah penjual aiskrim yang berada beberapa meter dari tempatnya berdiri. Terbit satu idea di fikirannya. Kaki melangkah menuju ke arah penjual aiskrim dan meninggalkan Inara berseorangan di situ.

Selepas berpuas hati dengan gambar yang diambil, Inara memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam beg tangan. Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Qafeel.

Kelihatan lelaki itu menuju ke arahnya sambil memegang dua kon aiskrim di tangan. Aiskrim tu untuk dia ke?

"Nah aiskrim" Qafeel menghulurkan satu kon aiskrim coklat ke Inara. Dia tidak tahu perisa apa yang disukai gadis itu, jadi dia memilih perisa coklat sahaja manakala perisa strawberi menjadi pilihannya. Perempuan kan memang suka coklat!

"Thanks" Inara menyambut huluran aiskrim itu. Macam tahu-tahu pula tekaknya terasa ingin menikmati aiskrim. Maklumlah cuaca sekarang panas yang amat, jadi kenalah aiskrim dengan tekaknya.

Qafeel duduk bersebelahan dengan Inara. Suka benar gadis itu apabila mendapat aiskrim. Mereka menikmati aiskrim kon itu sambil memandang ke arah tasik.

Qafeel yang menyedari terdapat sedikit bekasan aiskrim di hujung bibir munggil itu segera mengeluarkan sapu tangan yang berada di kocek seluarnya. Kesan daripada aiskrim itu menyebabkan gadis itu kelihatan sedikit comot. Segera dilapnya menggunakan sapu tangan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now