BAB 15

940 36 3
                                    


Angin petang sepoi-sepoi meniup halus kulit muka. Suasana tenang dan damai, tiada lagi bising kedengaran deruman enjin kenderaan ke sana ke sini. Cukup menenangkan jiwa yang bercelaru. Sudah lama dia tidak merasai kenikmatan ini.

Inara berjalan menelusuri petak-petak bendang sawah. Sebuah pondok yang terletak di bawah rimbunan pohon didudukinya. Kaki dihayun kan sambil menikmati pemandangan damai itu.

Akhirnya setelah dua bulan menetap di kota bandar, dia pulang juga ke kampung halaman. Hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri. Walaupun kemudahan dan kemodenan di kampung jauh ketinggalan berbanding kemodenan di sana, namun keadaan di sini tiada tolak bandingnya.

"Laa kat sini rupanya kamu, puas ayah cari" pak Samad mengambil tempat di sebelah anaknya. Ingatkan dah melencong ke lain.

Inara melirik pak Samad yang berada di sebelahnya. Bersinar matanya memandang buah rambutan yang diletakkan di sisinya. Ayahnya memang sudah begitu arif dengan apa yang disukainya. Satu biji rambutan diambil dan dikopak kulitnya.

"Rambutan dari kebun ke ni, ayah?"

Sambil bertanya, tidak henti-henti dia menyuakan buah rambutan ke dalam mulut. Manis sangat!

"Mestilah, ayah sanggup pergi panjat pokok rambutan tau untuk anak ayah ni" Gembira hati melihat anaknya tersenyum. Walaupun hal itu kecil, tetapi baginya itulah kebahagiaan yang sebenar.

"Kamu datang sini, mak tahu tak? Kan tak pasal-pasal berbuih mulut orang tua tu nanti membebel"

"Tahu, Ara dah cakap yang Ara nak berjalan dekat bendang"

"Mak ada beritahu apa-apa tak dekat Ara?" soal pak Samad. Ada perkara penting yang perlu mereka sampaikan.

"Beritahu apa? Rasanya tak ada" sekilas dipandang wajah ayahnya. Otak ligat memikirkan semula adakah emaknya ada memberitahunya sesuatu. Atau mungkin dia sebenarnya yang sudah lupa, maklumlah ruang otaknya kecil tak boleh nak simpan semua benda.

"Nanti ada la tu mak bagitahu. Jangan lama-lama sangat dekat sini, balik sebelum azan maghrib. Ayah balik dulu, nak berehat" pak Samad berpesan sebelum berlalu pulang ke rumah. Kalau tak cakap awal-awal, azan maghrib nanti baru anaknya terkedek-kedek balik ke rumah. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu.








【✿】








"Alhamdulillah kenyang, sedap betul mak masak harini" tangan menepuk-nepuk perutnya yang sudah buncit itu. Mananya tak kenyang, sudah makan dua pinggan nasi dihabiskan nya. Ini semua angkara emaknya lah, siapa suruh masakkan lauk kesukaannya. Memang melantak lah semua tu.

Ibarat ular sawa yang kekenyangan, begitulah keadaan Inara sekarang ini. Badan berbaring sambil kepala diletakkan di atas peha emaknya. Dah lama kan tak bermanja dengan mak sendiri.

"Eloklah tu, lepas makan terus berbaring" tergeleng kepala mak Samah melihat kelakuan anaknya. Dicubit lengan Inara supaya bangun dari baringnya.

"Aduh, sakitlah mak. Ayah tengok tu, bini ayah ni cubit Ara" Inara mengusap perlahan tempat yang dicubit. Bukan biasa-biasa cubitan emaknya, walaupun perlahan namun tetap terasa bisanya.

"Cubalah duduk diam-diam sikit, ayah nak tengok tv pun tak senang. Awak ni pun satu Mah, biar saja lah a Ara tu nak berbaring" balas pak Samad. Perhatiannya dialihkan semula ke televisyen yang terpasang.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now