BAB 18

1K 57 6
                                    


"Finally, I got you! " Inara membaringkan badannya di atas tilam empuk itu. Sudah seharian dia melayani tetamu, sekarang tiba masa untuk dia berehat pula.

Setelah bersalaman dengan keluarganya, dia terus meminta izin Qafeel untuk beristirehat di dalam bilik yang sudah ditempah khas itu. Qafeel pula masih berada di bawah untuk menguruskan hal lain. Hal apa dia sendiri pun tak tahu.

Selendang yang tersarung di kepala dicabut dan disangkutkan pada adhesive hooks yang sudah tersedia. Rambutnya dilepas bebas bagi memberi ruang untuk rambut bernafas.

Dia kembali berbaring di atas katil. Matanya yang sudah mulai kuyu mula tertutup perlahan-lahan sebelum dia terlena. Tidak lama, dengkuran halus mula kedengaran.

Qafeel yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus melangkah ke arah Inara yang sudah terbaring di atas katil. Dia turut merebahkan badannya bersebelahan dengan isterinya.

Lena betul tidur isterinya hinggakan tiada tanda-tanda tidurnya terganggu. Qafeel menatap wajah isterinya, inilah kali pertama mereka berada sedekat ini. Hanya beberapa inci sahaja memisahkan jarak antara wajah mereka.

Tangannya naik mengusap perlahan wajah itu sebelum satu kucupan singgah di pucuk hidung si isteri. Qafeel menarik badan Inara ke dalam pelukan, berkongsi kehangatan tubuh. Lengannya dijadikan alas bantal untuk kepala isterinya.

Badan kecil itu mula menggeliat perlahan apabila tidurnya sudah mulai terganggu.

Inara membuka matanya perlahan-lahan. Terbuka luas bukaan mata itu apabila tersedar wajahnya terlalu dekat dengan wajah Qafeel.

"EEE!!" Inara segera menolak wajah Qafeel daripada terus mendekat. Segera dia bangun dari baring dan berganjak sedikit daripada suaminya.

"Apa awak buat ni?"

"Awak? Come on lah sayang, kita dah jadi suami isteri kot. Buanglah panggilan tu, apa kata sayang panggil abang" lain yang Inara tanya, lain pula yang Qafeel jawab.

"Apa abー abang buat ni?" soal Inara dengan nada perlahan. Tergagap-gagap dia ingin menyebut perkataan 'abang' itu. Amat kekok rasanya menggunakan perkataan itu.

"Abang buat apa? Abang cuma tengok isteri abang tidur. Lena betul sayang tidur" balas Qafeel. Dia mendekatkan semula jaraknya dengan Inara.

Semakin Inara mengengsot ke belakang, semakin dia ke hadapan.

Tanpa Inara sedar, dirinya sudah berada di penjuru katil. Qafeel segera menangkap badan Inara yang sudah hampir jatuh itu. Dia membaringkan semula tubuh isterinya ke tilam empuk itu.

Inara meletakkan tangannya di dada Qafeel bagi menghalang tubuh itu daripada terus menghempap badannya.

"Sayang nak goda abang ke? Awal lagi ni sayang, tunggulah malam dulu. Barulah best  sikit"

Bahang terasa menyerbu di wajah Inara apabila Qafeel berkata begitu.

"Maー mana ada" Inara menoleh ke sisi. Tidak mahu matanya bertembung dengan mata helang itu.

"Are you sure sayang? " Qafeel semakin mendekatkan dirinya dengan badan isterinya. Tangannya yang berada di sisi Inara diturunkan sedikit. Ceruk leher si isteri terus menjadi mangsa gigitan. Digigit sedikit bahagian itu sebelum bahagian gigitan itu dijilatnya kemudian.

Terkejut Inara dengan tindakan Qafeel. Dengan segala kudrat yang ada, dia menolak sekuat hati badan tegap itu. Terdorong ke belakang sedikit badan Qafeel.

Tergelak kecil Qafeel melihat wajah cemberut Inara. Senyuman sinis terlakar di wajahnya melihatkan kesan yang ditinggalkannya itu.

Inara menekup lehernya yang sudah diperkosa itu dengan kedua-dua belah tangan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now