BAB 16

927 42 1
                                    

"Bro, berhenti rehat sekejap" Ayden mula memperlahankan langkah sebelum sebuah bangku ditujunya. Letih hendak mengejar langkah Qafeel yang sudah jauh ke depan.

Direhatkan sebentar badan yang sudah bermandikan peluh itu. Sudah empat pusingan joging dia lakukan dengan mengelilingi kawasan taman itu. Mananya tak semput!

"Dah penat? Lembik betul kau ni" Qafeel berjalan melangkah ke arah Ayden. Dah letih sangat tu lihat daripada rupa gaya.

"Belanja aku air mineral satu, please? " Ayden membuat muka ala-ala comel. Kalau nak orang belanja, kenalah buat manja dulu.

Satu jelingan dihadiahkan kepada Ayden. Loya tekaknya melihat muka Ayden yang seolah-olah meminta penampar. Tanpa banyak soal, Qafeel terus melangkah ke arah mesin air. Dibelinya dua botol air mineral.

"Nah" Qafeel menghulurkan air mineral yang dibeli.

Penutup botol dibuka sebelum air mineral itu diteguk sedikit rakus oleh Ayden. Fuhh, lega betul!

"Kalau ya pun dah dahaga sangat, bismillah tu janganlah lupa baca" tegur Qafeel. Kan kalau tersedak air tu, siapa lagi yang susah kalau bukan dia.

"Dah baca dalam hati tadi" selamba Ayden membalasnya. Botol mineral diletakkan di sisinya sebelum pandangannya beralih pada Qafeel.

"So macam mana? Kau rasa dia terima tak?"

Qafeel berhenti daripada meneguk air mineral sejurus soalan itu ditanya. Terdiam dirinya sebentar. Tidak tahu ingin menjawab apa. Dia pun masih tidak dikhabarkan sebarang berita daripada pihak sana.

"Entah, aku rasa mak ayah dia okey kot. Tapi aku tak tahulah dia pula macam mana" jawabnya seraya mata memandang ke langit biru yang terbentang luas.

Sejujurnya, dia amat berharap agar keputusan yang akan diberikan nanti tidak mengecewakan hati. Setiap kali berdoa, pasti nama itu akan dia selitkan sekali.

"Kalau dah memang tertulis jodoh kau dengan dia, larilah sampai hujung dunia pun dia tetap akan jadi milik kau" Ayden memberikan semangat kepada Qafeel. Bahu sahabatnya ditepuk-tepuk perlahan.

Tertawa halus Qafeel apabila mendengar sebaris ayat daripada Ayden. Wajah sahabatnya dipandang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Sejak bila sahabatnya ini menjadi serius? Lepas daripada kahwin ke? Hebat juga penangan Siti sampaikan Ayden mengalami sedikit perubahan.

"Sejak bila kau jadi pakar motivasi ni?" ketawanya masih lagi tersisa. Entah mengapa hatinya mudah sungguh terhibur hari ini.

Tapi kan, orang selalu cakap...

Jangan suka-suka sangat, nanti ada yang sedih.

Kerutan di dahi Ayden semakin terbentuk. Apa yang kelakarnya, dia sendiri tidak tahu. Rasanya tiada lawak yang dia selitkan dalam ayat tadi.

"Jom lah balik, alang-alang dah berhenti ni. Bini kau tak marah ke keluar lama-lama?"

Sambil melangkah ke arah kereta, sempat lagi Qafeel mengusik sahabatnya itu.

"Berani dia marah aku, aku buat dia tak boleh berjalan nanti!"






【✿】






"Ada apa ni ajak berkumpul semua?" soal Qafeel seraya bergerak ke ruang tamu.

Balik sahaja daripada berjoging tadi, dia terus disapa oleh mamanya. Katanya ada perkara yang nak dibincangkan nanti.

Qafeel mengambil tempat di sebelah Aileen. Dah kenapa semua senyap saja ni? Ada berita buruk ke yang nak disampaikan?

"Dah boleh mula ni, semua dah ada"

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now