BAB 26

783 44 2
                                    


"Alhamdulillah, sampai juga kita kat rumah" ujar Datin Roziah setelah kereta yang dinaiki mereka telah selamat memasuki perkarangan rumah. Dalam lingkungan pukul 11 pagi, pasangan itu telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah selamat tiba di Malaysia. Mendengarkan itu, segera dia bersiap dan mengarahkan pak Mat untuk memanaskan enjin kereta. Tidak menjadi keberatan langsung untuknya menyambut kepulangan anak menantu.

"Eh tepi-tepi! Tak tahan dah ni!" Langkahnya mendahului langkah Datin Roziah. Qafeel segera merempuh masuk ke dalam rumah.

"Eh budak ni! Kalau ya pun dah tak tahan, bagilah aku ni keluar dulu"

Inara menggelengkan kepalanya melihat suaminya yang sudah berlalu masuk ke dalam rumah. Dah tak tahan sangatlah tu!

Kakinya melangkah ke bahagian belakang kereta untuk mengeluarkan segala barang-barang.

"Seronok tak honeymoon kat sana, Inara?" soal Datin Roziah kepada menantunya. Dia turut membantu Inara menurunkan barang-barang daripada bonet kereta itu. Seminggu berada di sana, takkanlah tak seronok pula. Apatahlagi hanya suami isteri itu sahaja yang bercuti, lebih banyak ruang yang ada untuk mereka berdua mengenal hati budi masing-masing.

Lihat daripada senyuman lebar di wajah wanita itu, rasanya dia dah boleh agak apa jawapannya.

"Seronok sangat, mama! Inara gembira sangat dapat kenal-kenal negara orang" hatinya kian berbunga-bunga. Segala memori indah yang tercipta di antara dirinya dengan Qafeel kembali terlakar di fikirannya. Bibirnya automatik melakarkan senyuman halus apabila mengingatkan kembali momen-momen itu.

"Baguslah kalau macam tu. Lega hati mama ni tau" Datin Roziah turut tumpang gembira. Alhamdulillah anak menantunya baik-baik sahaja.

Sambil sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta, mereka berdua rancak berborak bercerita mengenai percutian ke Turki.

Qafeel yang baru sahaja selesai melunaskan hajatnya segera bergerak semula ke hadapan. Tiba sahaja di muka pintu, timbul rasa bersalah di hati melihatkan kedua wanita yang disayanginya sibuk mengangkut barang-barang berat.

"Sorry honey, hubby sakit perut sangat. Tu yang terus masuk tadi, tak sempat nak tolong angkut barang sekali"

Tadi memang dia tidak dapat lagi menahan perutnya yang sudah memulas, sebab itulah dia terus meluru masuk mencari tandas.

"Eh, tak apalah. Lagipun semua barang-barang honey dah keluarkan dari bonet kereta" jelas Inara seraya menutup kembali bonet kereta itu. Langkah segera diatur menuju ke tempat suaminya berada.

Tangan si isteri dicapai dan diusap lembut.

"Lain kali tunggu hubby dulu tau. Kesian isteri hubby ni angkut barang-barang berat"

"Ehem Ehem!!" sengaja Datin Roziah berdehem agak kasar. Nak mengganggu sikit sesi ulat bulu nak naik daun.

Pasangan itu terus memandang ke arahnya.

"Jangan ber sugar sugar  dekat sini ya! Nanti habis kerengga datang rumah ni" perli Datin Roziah. Kesian nanti, pak Mat juga yang kena sapu kerengga tu. Tak pun, paling teruk kena gigit.

"Mama jealous ke? Pergilah bersawit dengan papa"

"Papa kau tak ada!"



【✿】



"Honey oo honey! " Qafeel mencari kelibat isterinya di dalam bilik. Diserunya agak kuat supaya isterinya menyedari panggilannya. Selepas makan malam tadi, isterinya terlebih dahulu meminta izin untuk memasuki bilik. Katanya ada kerja yang perlu dibuatnya.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now