BAB 27

784 40 3
                                    


Pintu bilik tidur utama dibuka luas. Qafeel membantu Inara memasuki ruangan itu dengan memegang lembut lengan isterinya. Kaki melangkah ke arah katil yang berada di dalam bilik itu.

"Honey rehatlah dulu. Barang-barang yang lain biar hubby yang kemaskan, okey?"

Inara mengerutkan dahinya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya.

"Eh, mana boleh macam tu. Banyak barang yang nak kena kemas tu, tadi hubby pun dah angkut barang sorang-sorang . Bagilah honey kemas rumah pula. Lagipun kaki honey pun dah okey nak berjalan" bantah Inara. Mana boleh dia biarkan suaminya seorang diri mengemas semua barang. Takkanlah dia sebagai isteri hanya duduk goyang kaki sedangkan suaminya sibuk mengemas rumah.

Memandangkan mereka sudah berpindah ke rumah mereka sendiri, jadi sudah tentulah banyak barang yang perlu dikemaskan. Dia hanya menurut apabila Qafeel sudah membuat keputusan untuk tinggal di sini. Lagipun suaminya berkata lebih elok jika mereka tinggal berasingan daripada keluarga. Hidup sebagai suami isteri juga memerlukan privasinya tersendiri.

"Okey apanya? Jalan pun tak berapa boleh nak berpijak lagi tu" balas Qafeel. Agak-agaklah kalau nak kelentong dia pun. Setakat ini dia tidak buta lagi untuk melihat perubahan cara isterinya berjalan. Haih.

Baju yang tersarung elok di badannya dilepaskan dan dilemparkan ke atas lantai. Terserlah otot-otot badannya yang seksi.

Fuh! Berpeluh satu badannya. Habis keringatnya digunakan untuk mengangkut segala barang.

Setelah itu, kepalanya terus didaratkan di peha isterinya. Dia merehatkan diri sebentar di pangkuan isterinya.

Inara meraup lembut rambut suaminya yang terjuntai di dahi. Qafeel memejamkan matanya menikmati belaian lembut apabila isterinya mengusap kepalanya.

Wajah suaminya dipandang. Dalam diam, dia mengeluh dan menghela nafas berat.

"Hubby tahu hubby handsome. Tapi janganlah pandang sampai macam tu, kan ada yang kena terkam atas katil ni" Inara memuncungkan bibirnya. Ke situ pula suaminya.

"Honey minta maaf tau. Disebabkan honey, hubby pula yang kena marah dengan mama" Jujur dia amat kesal dengan dirinya. Agak teruk suaminya dimarahi oleh Datin Roziah setelah mereka pulang ke rumah tempoh hari. Katanya tak pandai nak jaga isteri. Perasaan bersalah terhadap suaminya tidak pernah hilang sejak dari itu. Sepatutnya yang dimarahi ialah dirinya sendiri. Dia yang cuai.

Mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Inara, Qafeel terus mencelikkan kembali matanya. Badannya ditegakkan semula seraya matanya memanah tepat ke dalam retina mata milik isterinya. Haih isterinya ini, naif betul.

Tangan kekarnya naik mengelus lembut wajah itu.

"Honey, kan hubby dah cakap jangan ungkit lagi pasal tu. Yang dah lepas biarlah lepas. Honey tak perlu rasa bersalah atas apa yang dah jadi. So, tak mo dah dengar honey minta maaf lagi" dengan penuh kelembutan dia berkata.

Hidung isterinya dicuit agak kasar, geram dengan sikap isterinya yang tidak habis-habis lagi meminta maaf.

Cemberut terus wajah Inara apabila hidungnya dicuit begitu.

"Hidung jangan main, kemek nanti hidung mancung ni" Inara membuat muka garang bagi menggerunkan suaminya. Namun muka garang itu hanya dianggap muka comel bagi Qafeel.

"Uu garangnya, Rawr!"

"Nasib baiklah kerja kat bawah tak settle lagi. kalau tak, ada yang dah kena unboxing ni "

"EHEHEHEHE"

Daripada wajah garang terus bertukar ke wajah cuak. Inara mengusap belakang lehernya. Seram sejuk pula sekarang ni. Suaminya ini bukan boleh kira sangat, silap-silap apa yang dikatakan akan ditunaikannya. Tachod.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now