BAB 30

851 48 7
                                    


Berbalik kepada hari biasa, Qafeel akan mula bergerak ke tempat kerja manakala Inara pula sibuk berada di rumah menguruskan segala apa yang patut.

Seperti yang dilakukan oleh mana-mana isteri, Inara sibuk ke hulu ke hilir mengemas rumah. Lantai di bahagian ruang tamu dan dapur di mop nya sehingga bersih. Puas hati dengan hasil kerjanya di tingkat bawah, dia beralih ke tingkat atas pula.

Bermula di bahagian ruang berehat dan seterusnya ke bilik-bilik, segala apa yang perlu dibersihkan akan dilakukannya. Dia lebih gemar melakukannya sendiri berbanding daripada mengupah orang gaji. Maklumlah dia seorang yang sangat berjaga-jaga, apatahlagi apabila orang asing memasuki rumah mereka. Zaman sekarang tidak boleh terlalu percayakan orang asing. Kalau tidak, padahnya bakal menanti.

"Fuh, siap pun!" Nafas lega dihela. Selesai juga tugasnya mengemas rumah. Sedap mata memandang, semua bersih dan tersusun elok!

Selesai menyimpan semula peralatan yang digunakan, bilik air terus ditujunya.

Lega rasanya apabila tubuhnya sudah berendam dengan air sabun. Wangian mandian Enchanteur yang sudah bercampur dengan air rendaman memenuhi ruang itu. Aroma yang sangat menenangkan jiwa. Agak lama dia menghabiskan masa di dalam bilik air kerana terlalu ralit merendamkan diri di dalam tab mandi.

Bathrobe disarungkan ke badan dan tuala dililitkan di kepala.

Keluar dari bilik air, Inara melabuhkan punggung di birai katil sebentar. Telefon pintarnya yang berada di night stand table dicapai. Nombor telefon sahabatnya di dailnya.

"Hello" sapa Siti di talian.

"Kau sibuk ke?

"Taklah, cuma sekejap lagi aku nak keluar. Kau kenapa call aku? Bosan duduk rumah?" Siti cuba meneka.

"Ha'ah, bosan jugalah. Tak tahu nak buat apa"

"Apa kata kau ikut aku pergi satu tempat, nak tak?"

"Aku kena minta izin Qafeel dulu lah" omel Inara. Dia tidak boleh keluar sesuka hati tanpa keizinan daripada suaminya memandangkan lelaki itu selalu berpesan supaya memberitahunya sekiranya hendak kemana-mana.

"Kau tanyalah dulu suami kau. Lepastu kau inform balik kat aku, ya?"

"Okey" talian diputuskan.

Aplikasi WhatsApp dibukanya. Beberapa mesej dihantar kepada suaminya untuk meminta izin keluar. Sementara menunggu mesej itu dibalas, kakinya menapak ke arah closet.

TING!

Dengar saja telefon itu berbunyi notis masuk, terus dia bergegas mencapainya. Bibirnya terus melakarkan senyuman setelah melihat balasan mesej daripada suaminya. Segera nombor sahabatnya dihubungi kembali untuk bertanya di mana mereka akan bertemu.







【✿】






"Kau nak pergi mana ni?" soal Inara setelah melihat kelibat sahabatnya muncul.

"Ikut aku" Siti meraih tangan Inara sebelum mereka berjalan masuk ke dalam sebuah tempat.

Inara membontoti langkah sahabatnya. Ikutkan saja kerana dia sendiri pun tiada hala tuju hendak ke mana.

"Nak buat apa kat sini?" Agak pelik kerana mereka melangkah masuk ke dalam sebuah klinik. Siti sakit ke?

"Aku nak buat check up "

"Check up?" Inara masih kurang mengerti. Kenapa perlu buat check up?

Tertanya-tanya juga dia. Retina matanya hanya melihat wanita itu sedang mendaftarkan diri di kaunter.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now