Bab 48

358 14 0
                                    

Setelah hampir seminggu berada di hospital, akhirnya berita yang ditunggu-tunggu Inara diterima juga. Awal pagi tadi lagi doktor Sandra sudah memaklumkan kepada Qafeel bahawa Inara sudah boleh keluar selepas pukul 12 tengah hari nanti.

"Amboi, bukan main happy muka tu bila tahu dapat balik. Kalau tak, asyik monyok je," Tegur Qafeel. Bukan main ceria wajah wanita itu apabila khabar berita itu sampai ke telinga.

Inara senyum halus. Mestilah dia gembira. Akhirnya dia bebas juga. Excited sangat sampaikan semua pakaian sudahpun disimpan kemas di dalam beg. Qafeel juga ada menolongnya. Kemaskan apa-apa yang patut.

Bagasi kecil dan beg baju Inara diletakkan berhampiran pintu. Inara yang masih lagi berada di atas katil ditujunya.

"Lambat lagi ke, hubby? Tak sabarnya nak balik. Nak main dengan Latte." Kepalanya mendongak ke atas. Mempamer riak wajah yang dibuat sedih. Tangan pula elok melingkari tubuh tegap itu.

Qafeel ketawa kecil. Pipi itu dicubit. Geram sangat!

Sejak mereka sudah berbaik, makin mengada-ngada sikap Inara.

"Sabarlah, honey. Kena tunggu sikit lagi. Lagipun, kita ada tetamu terakhir tau sebelum balik ni,"

"Hah, siapa?" Terbit tanda soal dalam kepala Inara. Tetamu pun ada juga yang last minute?

"Kejap lagi mesti dia sampai. Honey tunggu je."

Selang beberapa minit, terdengar ketukan di pintu bilik mereka. Panjang umur. Baru sahaja mereka bercakap, tuan badan sudahpun tercongok di depan pintu.

Kaki dituju ke pintu bilik untuk membukanya. Bibir yang dioles gincu merah itu melorek senyum sebaik pintu tersebut dibuka. Qafeel turut melakukan perkara yang sama. Tangannya turut ikut membuat gaya 'okay' sebagai isyarat.

Dia menapak keluar dari bilik itu. Meninggalkan Inara bersama tetamu terakhir mereka. Langkah dibawa ke kaunter hadapan untuk membuat pembayaran. Memang itu yang dirancangnya. Setidaknya, Inara boleh menjernihkan semula hubungan yang sedia keruh itu.

"Hubby, siapa yang datang tu?" nada suara naik sedikit. Inara menjengulkan kepala. Pelik apabila ruangan itu senyap saja. Rasanya tadi telinganya ada menangkap bunyi pintu ditutup. Jadi mana orangnya?

Rasa bosan terbit apabila tetamu itu masih belum menunjukkan wajah. Inara bangkit mahu ke depan.

Tidak sempat kaki mencecah lantai, bebola matanya sudahpun menangkap susuk tubuh yang sedang mengintainya. Namun, badan itu segera berselindung di sebalik dinding tatkala dia bergerak turun dari katil. Huh, macamlah dia tak nampak. Lagipun, dia kenal sangatlah siapa tetamu itu.

Suraya resah. Jari telunjuk belah kanan digigit. Alamak, dia nampak ke aku tengah intai dia tadi?

Sebenarnya dia belum cukup berani untuk bertemu dengan Inara. Bimbang jika wanita itu masih lagi memarahinya. Namun, lain pula dengan majikannya.  Dia dipaksa untuk datang ke sini memandangkan hari ini hari terakhir Inara berada di hospital. Terpaksalah dia ikutkan saja kehendak itu.

Belum sempat kepala menjengah, tiba-tiba saja Inara muncul di sebalik dinding.

"Arghh!" automatik tangannya naik memukul bahu itu. Telapak tangan dibawa ke dada, mengurut bahagian itu. Boleh sakit jantung dibuatnya.

Inara pula seolah tidak terkesan dengan pukulan itu. Sebaliknya wanita itu sakan mentertawakannya. Geli hati mungkin dengan muka terkejut beruk tadi. Haih, dia selalu saja terkena!

Kalau dulu, mereka selalu saja bergurau tika Inara masih lagi bekerja di syarikat itu. Terimbau pula kenangan manis itu.

Tubuh Suraya didakap Inara. Sisa ketawa berubah kepada esakan halus. Di bahu itu juga dia menghamburkan tangisan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now