BAB 50 - ENDING

704 30 2
                                    

Inara bergerak ke pangkin kayu yang terletak di bawah pokok mempelam belakang rumah. Memandangkan hari sudah menginjak petang, jadi tidaklah panas untuknya berada di situ.

Kena pula dengan kawasan rumahnya yang berdekatan dengan sawah, memang cantiklah pemandangan pada waktu petang.

Dia melabuhkan duduk di pangkin sambil kaki digoyangkan. Mata ditutup seketika seraya menikmati angin petang yang menerpa lembut wajahnya. Ah, sangat mendamaikan jiwa!

"Honey, buat apa kat sini?" sapaan daripada Qafeel membawa Inara ke dunia nyata. Lantas kepala dipalingkan ke lelaki itu.

Entah bila suaminya berada di sini. Tahu-tahu saja sudah tercongok di sebelahnya.

"Tak buat apapun. Saja ambil angin petang, seronok tau duduk sini. Tenang je."

"Patutlah hubby panggil tak dengar. Seronok duduk sini mengelamun sorang-sorang," luah Qafeel pula. Dari dapur, ke ruang tamu. Sampailah ke bilik tidur mereka.

Ligat dia mencari sosok tubuh si isteri. Alih-alih apabila dia melihat ke luar dari tingkap bilik tidur, rupanya elok wanita itu bersantai di bawah pokok mempelam.

"Ehem ehem. Ayah nak duduk sini jugak boleh?"

Serentak suami isteri itu menoleh ke belakang. Pak Samad berdiri sambil menayangkan sengihan. Dia sebenarnya baru pulang dari membeli pisang goreng di gerai Zaiton. Isterinya ada berpesan supaya membelinya, katanya teringin nak makan.

Sebaik pulang, dia terpandangkan anak serta menantunya berada di pangkin belakang rumah. Jadi, mahulah dia tumpang sekaki.

"Duduklah, ayah. Kenapa tak boleh pulak?" balas Inara.

Pak Samad duduk bersila di atas pangkin kayu. "Manalah tahu, kot-kot ayah dah ganggu waktu korang berdua."

Dari dapur rumah pula, Mak Samah sibuk membancuh teh untuk diminum bersama pisang goreng yang baru dibawa pulang. Selesai saja, sebuah dulang diambil lalu ditatang dan dibawa keluar menuju ke pangkin kayu itu.

"Seronoknya borak-borak. Meh kita makan dulu." perbualan anak-beranak itu dicantas mak Samah. Lagi seronok kalau mereka berborak sambil minum petang. Seronok juga dapat berkumpul macam ni.

Inara membantu mak Samah menuangkan air teh ke dalam setiap cawan. Pisang goreng diambil sekeping dari dalam piring lalu disuakan ke mulut. Um, sedap!

"Ayah, pokok rambutan kat dusun tu berbuah tak lagi?" soal Qafeel memecahkan kesunyian. Dia tidak pernah jejakkan kaki ke dusun buah. Teringin juga mahu memetik buah dari pokoknya sendiri.

"Pokok rambutan ayah tu berbuah selalu, Qafeel. Jarang tak berbuahnya. Rezeki Allah bagi. Kenapa? Kamu nak makan ke? Ayah boleh je nak bawa kamu pergi dusun. Itupun kalau kamu naklah."

Qafeel laju menganggukkan kepala. Alang-alang ayah mentuanya sudi mahu membawanya, takkanlah dia mahu lepaskan peluang pula.

"Awak nak ikut sekali tak? Ara?"

Inara turut anggukan kepala. Jarang lah dia akan menolak ajakan ayahnya untuk ke dusun. Kalau dulu, dialah yang selalu memaksa orang tua itu ke dusun sampaikan naik hairan dibuatnya. Mak Samah pula menolak ajakan itu. Katanya, dia mahu berada di rumah sahaja. Mahu menyediakan makan malam pula.

"Lepas solat asar nanti, kita terus ke dusun, ya?"

"Okey!"











【✿】











Usai solat, pak Samad pantas menghidupkan enjin kereta berjenama Myvi miliknya. Lagi mudah untuk mereka ke dusun dengan menaiki kereta berbanding membonceng motosikal. Dua bakul kecil diambil lalu diletakkan dalam but kereta.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now