Bab 6

983 48 2
                                    

Laju Mia menapak ke arah bilik Eshal usai sahaja bersiap .Matanya dilirik ke arah jam di pergelangan tangannya.Selalunya Eshal sudah bersiap di bawah waktu-waktu begini namun kali ini berlainan apabila sahabatnya itu masih belum menunjukkan muka.

"Woii Eshal!hang takmau bangun p kerja ka yang hang dok balun lena lagi tu!!" Berdentum pintu bilik Eshal dibuka oleh Mia sambil terdengar bebelan si mulut murai itu.

Terpisat-pisat Eshal cuba membuka matanya namun dek silauan lampu bilik yang dibuka Mia dia terus memejamkan matanya semula.Bukannya dia tidak mendengar bebelan sahabatnya.

'Minah ni laaa..aku nak tidoq pun tak aman'~

Eshal menggeliat sakan lalu selimut ditarik rapat semula ke tubuhnya.Sejuk-sejuk begini sedap tidur kemudian tangannya menggagau bantal yang bertaburan disisi lantas dipeluk semula.

Mia menggelengkan kepala sambil merengus kasar melihat tingkah laku Eshal.

"Eshallll...!!!!"

Mata Eshal terus terbeliak mendengar jeritan Mia membingit di telinga lantas bantalnya dilempar ketepi.

"Erghhh..!" Eshal menguakkan tangannya sambil mengecilkan mata melihat Mia yang sedang berdiri di muka pintu.

"Huargahhh!!" Mulut yang ternganga luas menahan kantuk yang masih bertandang ditutup dengan tapak tangan.

Eshal bergolek ketepi ingin turun dari katil tetapi belum sempat menahan dengan kakinya.

Bukk!

"Adoii!!" Rungut Eshal sambil menggosok belakangnya yang sakit berdentum dengan lantai.

Mia sudah berair matanya menahan ketawa melihat gelagat Eshal yang mencuit hatinya.

"Benda apa yang jatuh tu Mia?"sergah Dini dari belakang apabila terdengar dentuman dari dalam bilik Eshal.Hatinya beriak risau jika terjadi apa-apa kepada Eshal memandangkan sahabatnya itu masih belum turun dari tadi.

"Tu gajah jatuh bergolek tu!"Perli Mia sambil menahan ketawa dengan telunjuk  dihala pada Eshal yang sedang menggosok belakangnya sendirian.

Bukan nak tolong pun tolong gelak je!

"Aikk..Eshal tak gi kerja ke?"tanya Dini kehairanan selalunya si Eshal ni siap buat sarapan ala-ala restoran untuk mereka berdua.Ini sudah pukul lapan pagi belum bangun lagi.

"Aku off  la bengong!!" Eshal terus bangun terhuyung hayang ke atas katilnya semula.Dia menjeling kearah Mia yang ketawa itu.Baru sahaja ingin berdamai dengan mimpinya sudah diganggu.

'Kacau daun laa deniii..'~

"Haa!!baguihh..elokkk hang off pi hantaq si Dini ni kerja!"  Mia membebel lagi sambil menarik tangan Eshal turun dari katilnya.

"Alaaaa...dah aku off sekali hantaq Dini la aku off.." Eshal menarik tangannya kembali.Matanya masih terpejam rapat.Mulutnya dimuncungkan ke arah Mia.

Hurkk!!

"Haaa!!ambik hangg..banyak cikadak pulak pagi ni..." Mia menekup muka Eshal dengan bantal.Tak bernyawa sekejap dirasakan .

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now