Bab 54

1K 38 5
                                    

Eshal berjalan berpimpin tangan bersama Hazril di laluan pejalan kaki taman rekreasi berdekatan dengan rumah umi itu .Sesekali matanya dijeling sekilas kearah kanak-kanak yang berlari riang di taman itu.Kandungannya yang sudah menginjak usia lima bulan itu diusap perlahan.

"Sayang..nak aiskrim tak..?"Eshal menggeleng perlahan apabila ditawarkan aiskrim..

"Kat rumah tu banyak dah aiskrim..!"Hazril tersengih memandang isterinya yang membebel.

"Abang..Eshal nak tanya sikit boleh..?"
Hazril mengangguk perlahan menjeling sekilas kearah isterinya.

"Sejak bila abang suka kan Eshal..?"Hazril berpaling kearah isterinya sambil menarik tangan Eshal menuju kearah sebuah kerusi yang disediakan di kawasan taman itu.Dia menghela nafasnya perlahan.

"Sejak kali pertama abang nampak sayang kat rumah bonda..!"Eshal termangu-mangu mendengar penjelasan suaminya.Bukankah waktu itu Hazril memarahinya kerana dia terlanggar suaminya itu.

"Abang suka kan sayang bila abang nampak cara sayang layan bonda dan Cik Milah.."Eshal mengerutkan keningnya tanda tidak memahami.Hazril memandang anak mata Eshal.

"Waktu tu sebenarnya abang nak ke toilet dan abang nampak cara sayang salam dan cium tangan bonda..especially masa sayang cium tapak tangan bonda..!"Eshal ketawa kecil sambil mengenggam jari jemari suaminya.

"Tapi kenapa abang macam terkejut masa kita berlanggar dekat pintu dapur tu.bukan abang dah tahu tu Eshal kan..?"Hazril menggeleng laju sambil mengemam bibirnya membuatkan Eshal terpinga-pinga.

"Masa sayang salam tu abang tak nampak muka sayang pun..abang macam rasa..aduhai ikhlasnya dia nihh..!"Hazril memejamkan mata rapat sambil mengenggam kedua tangan mendekat ke dada membuatkan Eshal ketawa besar melihat gelagat suaminya itu.

"Dah la..!geli Eshal tengok..!"Eshal merasa pelik Hazril berkelakuan begitu.

"Elehh..!geli-geli pun malam-malam cari abang jugakkk..!"Hazril menjelingnya sekilas sebelum Eshal menampar pahanya geram.

"Esok sayang duduk baik-baik dengan umi tau..abang kena outstation dua tiga hari.." Eshal kembali cemberut mukanya mendengar pujukan suaminya.Memang asalnya dari rumah tadi dia merajuk kerana Hazril baru memberitahunya yang dia terpaksa ke Sabah atas urusan kerja.Sebab itulah dia dibawa berjalan-jalan ke taman supaya pujukannya berhasil.

"Tak nak..!"Eshal membidas sambil melarikan pandangannya.

"Jangan la macam tu sayang..abang janji nanti abang belikan apa yang sayang nak..okey..?"Hazril menarik tangannya yang disilang ke dada.

"Bawak la Eshal sekali boleh kan..?"Eshal merayu sambil mencebikkan bibirnya.Sesungguhnya dia teramatlah bosan jika Hazril tidak berada bersamanya.Sudahlah terpaksa berhenti kerja kerana desakan suaminya pada awal trimester kerana alahannya yang agak teruk.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now