Bab 60- (Akhir)

1.6K 57 13
                                    


*2 Tahun Berlalu...*

Eshal yang sedang sibuk di dapur itu terkejut mendengar tangisan Haura di tingkat atas lantas laju kakinya menapak kearah suara itu.

"Laaa..kenapa kakak nangis ni..?"Eshal memeluk Haura yang mencebik kearahnya sambil memegang dahinya yang kelihatan merah.Pipi Haura yang dibanjiri dengan airmata itu disapu dengan tangannya.

"Aa..adik buat..!"Telunjuk Haura yang sudah mencapai usia hampir tiga tahun itu menunjuk kearah seorang bayi lelaki yang tersengih didalam katil bayi itu.

"Eiyad Hamsyari..awak buat apa dekat kakak..?"Eshal berpura-pura memarahi anak keduanya yang baru berusia sepuluh bulan itu sambil mengusap dahi Haura yang kemerahan akibat dibaling kereta mainan.

"Sakit laa ibu.."Haura mencebikkan bibirnya kembali kearah Eshal.

"Takpe..nanti babah balik kita report kat babah okey.."Eshal cuba memujuk sambil ketawa kecil melihat gelagat kedua anaknya itu.

"Tak nak..!sekarang la ibu.."Eshal mengeluh perlahan apabila Haura sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahu berdamai dengan Eiyad.

"Kita video call babah la macam tu..boleh kan ?"Eshal cuba memujuk lagi sambil menghulurkan telefonnya kearah Haura yang sudah kembali terisak-isak.Haura menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu mengikut cadangan ibunya.

"Kakak nak pergi dekat babah.."Eshal sudah menarik nafas sedalamnya cuba menahan sabar mendengar rengekan Haura yang ingin ke pejabat Hazril.Sudah menjadi kebiasaan apabila ada sahaja yang tidak kena di hati Haura pasti Tok Pa dan Tok Uminya memujuk dengan membawa ke pejabat menemui babahnya.

"Tak boleh la macam tu..kakak good girl kan..babah busy dekat office..kita tunggu babah balik okey..?"Eshal cuba menarik tubuh Haura mendekatinya.

"Tak nak..!"Haura berlari keluar dari bilik menuju ke ruang tamu bawah.Eshal  bangun lantas mendukung Eiyad yang terkebil-kebil memandang ibunya yang cuba memujuk kakaknya.

Pasti Haura ingin mengadu kepada Tok Uminya yang sedang berehat di bawah.Keluarga kecil mereka masih menetap bersama umi atas permintaan bapa mertuanya yang tidak mahu berpisah dengan Haura tambahan lagi dengan kehadiran Eiyad cucu sulung lelakinya.

"Kakakk.."Eshal memanggil anaknya yang sudah berada didalam pelukan Tok Uminya.

"Bawak je la Eshal..kesian dia.."Eshal mengeluh perlahan mendengar permintaan uminya.Sudah dikata dia akhirnya terpaksa mengalah dengan kehendak Haura anak manja si Hazril ini.

🌹🌹🌹

Eshal memasukkan Eiyad ke dalam kerusi bayi di bahagian penumpang belakang kereta dan membetulkan tali keledar Haura yang sudah tersenyum gembira ingin bertemu babahnya.Baru sahaja dia berpaling ingin menutup pintu kereta matanya terpaku kearah susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di hadapan pagar.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now