Bab 4

1K 48 2
                                    


2 Bulan Berlalu~

"Aku terima nikahnya Eshal Sumayyah Binti Zamri dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai" Eshal yang mendengar lafaz nikah itu menitiskan air mata.Mata walinya ditatap lembut sebelum Eshal memeluk Maria yang menemaninya sepanjang akad nikah itu.

Faeq memalingkan kepalanya ke arah Eshal lalu tersenyum memandang sang isteri yang baru dinikahinya.Tangan sasanya diangkat rapat lalu doa diaminkan dengan sepenuh hati.

'Alhamdulillah..andai dia jodoh yang kau takdirkan untukku..aku akan selalu ada dengannya di waktu susah senangnya..sihat sakitnya..jadikan kami pasangan bahagia hingga ke syurga Mu Ya Allah..'~ Eshal membisikkan doa itu didalalam hatinya sambil memandang kearah belakang suaminya.Bibirnya menguntum senyum yang terlahir ikhlas dari hati.

Riuh rendah di perkarangan rumah dengan kedatangan tetamu yang ramai.Langkah Faeq diatur menuju kearah Eshal untuk sesi membatalkan air sembahyang.Mata hitam isterinya ditatap lama cuba mengalirkan rasa.Bibirnya menguntum senyum tatkala gadis yang baru sahaja bergelar isterinya tertunduk malu dengan pipi yang kemerahan.

"Okay ke tak ni?"Sengaja diusik sang isteri yang membatu.

"Nak tangan boleh?" Terketar-ketar Eshal menghulurkan tangan kanannya kearah Faeq tanpa diangkat mukanya walaupun sedikit.

Jari jemari mulus Eshal dicapai lalu dielus lembut.Selesai menyarung cincin Eshal mencium tangan Faeq lantas sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Eshal.Tergamam Eshal keras membatu  dengan situasi itu.Sepanjang hidupnya hanya ayahnya dan abangnya yang pernah menciumnya.

Eshal memandang Faeq yang menyalami tangan ayahnya dan abangnya dari kejauhan.Faeq beralih menuju ke arah Cikmah lantas dicium tangan ibunya memohon restu.Tidak disangkal lelaki itu baik budi pekertinya.Sepanjang abangnya merantau jauh Faeq lah yang banyak membantunya menguruskan ayahnya berulang alik ke hospital.

Majlis yang serba sederhana itu berjalan dengan lancar walaupun hanya kecil- kecilan mengikut permintaan Eshal.Walaupun hatinya masih berbelah bahagi dengan perkahwinan tanpa cinta ini tetapi dirinya tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sesempurna yang mungkin.

🌹🌹🌹

"Paksu..jom tonyoh periuk dengan kami!" Aiman menggamit Faeq yang sedang berdiri di muka pintu dapur itu.Terbit ketawa kecil di bibir Faeq tatkala mendengar Aiman meniru slang utaranya.Faeq yang masih segak berbaju melayu selesai majlis tadi terus menyarung selipar lalu menuju ke arah Aiman yang sedang membasuh periuk di bawah khemah.

Faeq melayani anak buah isterinya itu dengan ceria.Terdengar deraian ketawa mereka di bawah khemah.Tidak dinafikan Faeq memiliki semua ciri-ciri suami mithali.Tetapi hanya Eshal yang masih ragu-ragu tentang perjalanan rumah tangganya nanti.

Selesai sahaja mencuci periuk matanya tertancap susuk tubuh Eshal sedang mengelamun di bawah khemah.Langkah diatur perlahan menuju ke arah isterinya.

"Rindukan abang ke!" Terkejut Eshal mendengar teguran Faeq yang menyapanya dari belakang.Dipandang sekilas ke arah Faeq yang sedang tersengih itu sebelum dia menerima kenyitan mata dari suaminya.Tergamam Eshal melihat gelagat lelaki itu lalu dilarikan pandangannya kearah ayahnya yang sedang berbual dengan saudara mara itu.

Sebenarnya jantung dia seperti mahu pecah di dalam apabila lelaki itu membahasakan dirinya lain daripada biasa,

"Amboi!..sombong! " Dicuit hujung hidung Eshal dengan telunjuknya.Terbeliak mata Eshal kearah Faeq yang tersenyum nakal.Sesungguhnya dia segan dengan ahli keluarganya yang masih ada disitu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now