Bab 52

1.1K 48 4
                                    

Hazril merenung wajah isterinya yang masih terbaring kaku diatas katil itu dan perlahan kakinya menapak mendekati Eshal.Rawan hatinya saat ini tatkala hilangnya senyuman manis Eshal yang senantiasa terukir untuknya.

Dijeling sekilas telefon bimbit di tangannya melihat waktu yang terpapar di skrin berlatarkan gambar mereka berdua ketika hari pernikahan suatu ketika dahulu.Sudah hampir berbelas jam Eshal ditidurkan dan mengikut perkiraan doktor Eshal akan sedar dalam waktu yang terdekat apabila ubat tidur yang diberikan semakin berkurang kesannya.

"Abaanngg.."Langkah Hazril yang baru mahu berpaling itu terhenti mendengar suara halus yang menyeru namanya.

"Sayangg.."Eshal kelihatan membuka matanya perlahan-lahan melawan silau cahaya dari lampu yang menyala di atas siling wad itu.Hazril yang seakan memahami itu melangkah laju kearah Eshal dan menahan cahaya itu menggunakan tangannya dari terus menembusi mata Eshal.Rambut isterinya diusap perlahan.

"Sayang okey..?"Pipi mungil Eshal dielus perlahan tangan kasar Hazril.Direnung anak mata Eshal yang dirinduinya.

"Sa..sakiitt.."Eshal cuba menggerakkan tangan kirinya yang terasa kebas.
Matanya dipejam menahan sakit  apabila terasa ngilu di bahagian bahu kirinya.

"Shuhh..sayang jangan gerakkan tangan kiri tu.."Tangan kanan Eshal digenggam erat Hazril.Eshal membalas renungan Hazril dengan mata yang kuyu.

"Sayang rest dulu..jangan paksa badan sayang ye.."

"Abang ada je kat sini temankan sayang.."Dahi Eshal dikucup perlahan semoga ada sedikit semangat mengalir buatnya untuk terus berjuang melawan kesakitan.Hazril merenung mata kuyu Eshal yang perlahan terpejam kembali tetapi tautan tangan Eshal di genggamannya masih terasa kuat.

🌹🌹🌹

Marina dan Maria melangkah membontoti Eddy menuju ke ruangan menunggu di hadapan bilik rawatan yang menempatkan Eshal.Ahli keluarga yang lain hanya memandang sepi.Hanya Eddy yang dikenali mereka itupun di majlis akad nikah Eshal dahulu.

Semua mata tertumpu kearah pintu bilik rawatan yang dibuka dari dalam itu.Kelibat Hazril yang meraup muka sambil melangkah keluar itu dipandang sayu.

"Dini..kau gantikan aku kejap.."Dini memandang kearah Hazril yang menyerunya.Kepalanya dianggukkan dan langkah diatur masuk kedalam bilik rawatan.Hazril melabuhkan punggungnya disisi umi sambil batang tengkuknya dilurut lembut.

"Bang..nah.!"Hazril menyambut secawan kopi panas yang dihulurkan Hazriq.

Bibirnya menghirup perlahan kopi sambil matanya meliar melihat wajah ahli keluarga dan sahabat lain yang masih setia menemani Eshal.Kuatnya aura kasih sayang Eshal yang mencairkan hati sesiapa pun.Matanya tertancap pada dua susuk tubuh wanita yang tidak dikenalinya.

"Sape tu mi..?"Umi menghentikan zikrullah yang sedang meniti dibibirnya.Matanya turut memandang kearah yang dimaksudkan anaknya.

"Marina dan Maria..kakak Eshal.."Hazril terpana mendengar perkataan kakak yang terbit dari bibir uminya itu.Sepanjang perkahwinan dia bersama Eshal tidak sekalipun isterinya pernah berbual tentang dua kakaknya ini cuma sesekali ada nama Eddy yang disebutnya itupun kerana Eddy yang mewalikan Eshal dahulu.Tanpa disedari Marina dan Maria membalas renungannya kembali sambil tersenyum.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now