Bab 28

901 43 0
                                    

Langkah kaki Eshal diatur longlai masuk kedalam rumah.Setelah menemui Iman yang masih tidak sedarkan diri tadi dia merasa nyawanya juga turut berlalu pergi.Hanya jasad yang pulang tetapi rohnya sudah berterbangan mencari ketenangan.

Dia menuju ke dapur mencapai gelas lalu dituangkan jus oren.Fikirannya sudah melayang jauh.

"Kak Eshal!!" Hazriq menegur Eshal kuat melihat jus oren sudah melimpah keluar dari gelas yang dipegangnya.Eshal terkedu.Muka Hazriq dipandang kosong.
Hazriq mencapai gelas di tangan Eshal yang sudah mahu melurut jatuh itu.

Hazril dan Uminya menuju ke dapur mendengar jeritan Hazriq.Dilihat Hazriq sedang mengelap tangan Eshal yang dipenuhi dengan jus oren.Hazril yang melihat situasi itu lantas menarik tangan Eshal dari pegangan Hazriq yang menjauhkan diri dari mereka berdua sedari dia tidak sengaja terpegang tangan kakak iparnya.

Tangan Eshal ditarik menuju kearah sinki lalu dibasuh.Eshal hanya mengikuti.Dia tidak sedar apa yang berlaku.Umi memerhatinya pelik.

"Eshal...kenapa ni?" Umi mula menegur  Eshal yang hanya kaku berdiri.Umi memaut bahu Eshal.Ditubir mata Eshal sudah bergenang dengan air mata.

"Assalammualaikum..." Terdengar salam diberi lantas bayang Zara,Mia dan Dini muncul di sebalik pintu dapur.Eshal yang melihat itu terus rebah ke lantai.
Hazril sempat memaut bahu isterinya.

Zara terus menuju kearah Eshal dan memeluk kuat sahabatnya.Esakan Eshal semakin kuat.Mia turut memeluk mereka berdua.

"Anak akuu..Zaraaaaa!!" Eshal menghamburkan tangisnya lagi.

Dini menuju ke arah umi dan tangan umi ditarik perlahan menuju keruangan tangga.Dini memberi isyarat mata kearah Hazril supaya turut serta.Esakan Eshal seakan tidak akan berhenti.Hazril melepaskan bahu isterinya perlahan kepada Zara lantas mengkuti uminya.

Diruangan tangga itu Dini menjelaskan apa yang telah berlaku ketika Eshal menghilangkan diri tadi.Semuanya diterangkan satu persatu seperti apa yang Abang Am terangkan ketika menghubunginya tadi.

Hazril meraup mukanya perlahan mencari dinding untuk bersandar setelah mendengar penerangan Dini sebentar tadi.Hazriq menepuk bahu abangnya perlahan memberi kekuatan.
Mak Jah yang mendengar di balik tangga itu juga berjuraian airmatanya.

Hazril yang gelisah menuju kembali ke dapur semula lantas tubuh Eshal dipaut ke dalam pelukannya.Dia tahu  Eshal menyayangi Iman lebih dari nyawanya sendiri.Eshal melepaskan tangisannya didalam pelukan lelaki itu memohon kekuatan.Zara dan Mia sudah berlari keluar tidak sanggup melihat Eshal menderita seperti itu.

"Shhhhh..aku ada untuk kau..kita sama-sama kuat untuk Iman..." Hazril mencium ubun -ubun Eshal memberi kekuatan kepada isterinya.

"Ambil kan air masak tu.." Hazril memberi arahan kepada Hazriq yang berada di pintu dapur itu.Hazriq menghulurkan gelas berisi air yang tersedia diatas meja itu kepada Hazril.

Hazril membaca surah Al -Fatihah dan
Al-Ikhlas lantas meniup perlahan kedalam gelas berisi air kosong itu supaya dengan khasiat bacaan itu Eshal dikurniakan ketenangan.Gelas disuakan perlahan ke mulut Eshal.Eshal mengeluh perlahan setelah air itu menyentuh kerongkongnya yang terasa perit.
Badannya masih terkulai didalam pelukan Hazril.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now