Bab 19

807 38 5
                                    

Hazril menapak turun dari tangga menuju ke dapur rumahnya.Terlihat susuk tubuh Mak Jah yang sedang menghidangkan sarapan pagi.Sapaan senyuman diberi tanda hormat.

"Ril,nak sarapan dulu ke atau nak tunggu yang lain?"

"Eh!takpe Mak Jah tunggu yang lain dulu." Hazril membalas pertanyaan Mak Jah sambil tangannya ligat mencapai beg kertas yang diletakkan di atas rak.Didalamnya berisi balang brownies cookies yang diberi oleh Eshal beberapa minggu lepas sebagai tanda terima kasih kerana lelaki itu sedia menemaninya ketika dia kurang sihat.

Bibirnya menguntum senyuman sebaik sahaja balang itu dikeluarkan dan kenangan ketika Eshal menemuinya mula bermain di fikiran semula.

"Aish!Pagi buta pun makan brownies ke abang Ril?Rindu letuuuuu!" Usik Harissa yang baru turun dari tingkat atas.Sekilas dihadiahkan jelingan tajam buat adik bongsunya.Kacau daun betul!

Hazriq dan Hazreen laju menapak turun dari atas apabila mendengar usikan Harissa pada abangnya dari arah dapur.

"Morning my brooo!" Hazriq mendepa tangannya menuju ke arah Hazril yang sedang berdiri seolah-olah ingin memeluknya.

Cepat-cepat Hazril beralih ke tepi sambil mengunyah brownies cookies yang ditatang di dalam pelukannya sebelum.

Bukkk~

Hazriq yang tidak sempat mengelak selamat bercium dengan peti ais.Berkerut keningnya menahan kesakitan sambil menggosok laju dahi yang sudah kemerahan.

"Dasar abang tak guna!"Ternaik kening Hazril dengan sengihan kecil melihat adiknya yang sudah menyeringai kesakitan.Kunyahan diteruskan tanpa dihiraukan tiga manusia di hadapannya.Peduli apa?

"Meh la sikit?" Hazreen berpura-pura ingin mencapai balang yang berada di tangan Hazril namun sempat abangnya melarikan balang itu ke belakang tubuhnya.Usaha betul tidak mahu berkongsi!

"Kedeeeee punya abangg!"Sinis Hazreen sambil menjeling tajam kearah Hazril.Harissa pula sudah menekup menahan tawa melihat gelagat ketiga-tiga abangnya.

"Tuu!Punya banyak breakfast Mak Jah hidang depan mata.Makanlah!"Sedepa muncung Hazril dihalakan pada makanan yang sudah sedia terhidang diatas kabinet dapur.

"Kot ya pun gila bayang,takkanlah pagi-pagi dah melantak brownies bro?Tak takut kena kencing manis ke?"Sindir Hazriq tidak mahu mengalah selagi tidak dapat merasa brownies hasil air tangan Eshal itu.Teringin juga nak merasa!

Hazril memincingkan anak matanya keatas lantai kemudian naik menilik seluarnya dari bawah ke atas.Hazriq dan Hazreen saling berpandangan melihat gelagat abangnya yang sedikit pelik.Apa pula yang ditiliknya itu?

"Aku dari bilik air tadi.Takde semut pun!"Terjegil mata Harissa mendengar lawak abangnya secara tiba-tiba.Terus tangannya naik menekup mulut menahan ketawa.

"Astaga!Apa kau ni bangg?" Hazriq dan Hazreen saling berpandangan sambil menepuk dahi berkali-kali.

Hazril yang masih asyik mengunyah direnung kosong Hazriq dengan gelengan kecil.Jarang abangnya membuat lawak bodoh begini.Selalunya serius sahaja!

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now