Bab 56

1.1K 46 3
                                    

Eshal mengerling kearah suaminya yang sedang menjamah mee goreng itu.Dia harus bersabar menunggu hingga sampai waktunya seperti yang diarahkan Zara.

"Sayang dah tak marah abang kan..?"Eshal menggeleng perlahan sambil berpura-pura tersenyum.Baru sebentar tadi sahaja Zara memaklumkan bahawa harini Sarah akan menghadiri mesyuarat di syarikat Hazril.Jadi dia harus mengatur strategi terbaik hari ini.

Usai sahaja Hazril keluar ke pejabat Eshal naik ke tingkat atas lalu menukar pakaiannya.Diusap perlahan perutnya sambil menarik nafas sedalamnya.

"Behave tau anak ibu..!kuat ye..kita nak pertahankan kasih sayang babah ni..!"Eshal terseyum semangat berlalu turun dan meloloskan diri kedalam kereta menuju ke pejabat Hazril.

Mia yang sedang berdiri di mesin fotokopi terkejut apabila terlihat kelibat Eshal memasuki ruang pejabat itu.Apatah lagi apabila teringatkan Hazril yang sedang bermesyuarat bersama Sarah dan staf syarikat.

Kak Wati yang melihat Eshal menuju ke mejanya terus bangun dan menyapa Eshal.

"Puan Eshal..Encik Hazril dalam bilik meeting.."

"Haaa..tengok tu dah berapa kali Eshal bagitahu..No puan-puan..!"Eshal menggoyangkan jari telunjuknya kearah Kak Wati yang tertunduk senyum apabila teringatkan tentang amaran Eshal tentang panggilannya.

"Sorry..kak Wati lupa la Eshal.."Eshal menghadiahkan senyuman seikhlasnya kepada wanita yang lebih berusia darinya itu.

"Eshal nak tunggu dalam bilik Encik Hazril ke..?"

"Bukan..bilik Hazreen..!"Laju Eshal membalas sebelum berlalu ke bilik Hazreen membuatkan Kak Wati kebingungan.Selalunya Eshal hanya akan berehat dan menunggu di dalam bilik suaminya tetapi hari ini berlainan pula.Sebenarnya sengaja dia memilih bilik Hazreen kerana bersebelahan dengan bilik mesyuarat.

Selesai sahaja bermesyuarat Hazril mengemaskan kembali fail yang bertaburan diatas meja.Kebanyakan staf telah pun keluar untuk menyambung tugas masing-masing.

"Ril..jom lunch..!"Hazril berpaling kebelakang apabila terasa namanya diseru seseorang dari arah belakang setelah keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Sorry..I ada lunch meeting dengan Mukhriz.."Hazril cuba mengelak daripada menerima pelawaan Sarah.Dia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat dan berlalu ingin masuk ke biliknya.Tanpa disedari Eshal sedang mengintai dari cermin bilik Hazreen.

"Ril..please..!"Sarah cuba mengejarnya dari belakang dan menerpa masuk ke biliknya tanpa kebenaran membuatkan Kak Wati menjeling tajam.

"Woii..hang tak tau ka Eshal mai sini.?"Mia menyergah Zara yang baru sahaja kembali kemejanya selesai mesyuarat tadi.Zara menjungkitkan bahunya berpura-pura tidak tahu.

"Cari nahas laaa..!"Mia seakan gelisah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal sedangkan Zara hanya membatu menanti ada ledakan bom yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.

"Ril..kenapa you macam ni ajak lunch pun tak sudi..You takut wife ke..?"Suara Sarah seakan menguji hati Hazril.Eshal yang sudah berjalan mengekori mereka dari arah belakang mencapai penyapu dari seorang pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan di hadapan meja Kak Wati sambil menghadiahkan senyuman manis untuk mereka yang kelihatan terpinga-pinga itu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now