Bab 11

918 38 0
                                    

Zara memarkir kereta Viosnya dihadapan pagar rumah sambil mengintai ingin melihat jikalau ada kereta Eshal di dalam pagar rumah sewa mereka berempat.Kaki diatur melangkah masuk ke dalam pagar.Sempat anak matanya menancap kesan rempuhan yang masih bersisa di belakang kereta sahabatnya.Kepalanya digeleng perlahan teringatkan cerita Mia tentang Eshal yang sudah teraniaya.Bukan dengan orang lain abang sepupunya juga!

"Assalammualaikum...kumm.kumm.kumm" Zara memberi salam sebaik sahaja menolak daun  pintu .Kornea matanya liar mencari kelibat Dini dan Eshal .

'Aikk,mana pulak budak berdua ni..Si Mia memang dah tau melarikan diri katanya sekejap.Padahal pergi jumpa crush si Mukhriz tu....'~

"Haa!! Mummy...mummy ..bile shampaii?" Sergah Eshal meniru persis kanak-kanak "BECHHAL UMARR" yang sedang popular di TIKTOK .Laju Eshal menuruni tangga lantas memeluk sahabatnya yang sedang berdiri di hadapan pintu itu.

"Urmm...urmmm.." Mulut Eshal dimuncung-muncungkan ingin mencium Zara.

Pappp!

Laju tangan Zara menampar pipi Eshal perlahan.

"Eiii..apa kau ni shallll gile dah ke?"Matanya dijegilkan ke arah Eshal yang tersenyum sumbing.

Dini yang sedang mengemas dapur itu terus menjengah selepas mendengar dua sahabat itu sedang bertingkah mulut.

"Weyhh!dah makan?"tanya Dini ke arah Zara yang sudah menuju kearah sofa lantas dilabuhkan punggungnya .

"Belum!!" Jawab Eshal dan Zara serentak.

"Nyibuk jee kau ni!" marah Zara kearah Eshal yang masih tercegat disisi sofa.

Dini menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat keletah Eshal.
Itu belum lagi campur Si Mia yang kepala gila juga.Berkumpul ketiga-tiganya lagi bertambah pening Dini ingin melayani keletah mereka.

"Tu ada dah aku hidangkan..Makan la dulu.." Telunjuk Dini dihala pada meja makan.

"Cantek!!"Tanpa berbasa basi Zara terus bangun dari duduknya dan menuju kearah meja makan diekori Eshal dari belakang.Perutnya juga sudah berkerut dari tadi minta diisi.

Zara mengambil pinggan di atas meja lalu mencedok nasi dan lauk yang sedia terhidang.Dari pandangan matanya tahulah dia Eshal yang memasak kesemua hidangan diatas meja itu.Dalam team di rumah itu hanya Eshal yang pandai memasak.Yang lain pun pandai juga.

'Pandai menggemukkan badan!!'

Eshal menarik kerusi lantas duduk berhadapan dengan Zara dan Dini.Ditenung lama Zara yang rakus menyuap makanan masuk ke mulut.

"Lapar nau kau ni!!" Eshal menegur Zara yang belum mengangkat mukanya dari tadi.Dini pula saling berbalas pandangan dengannya dalam senyuman.

Sedaplah tu!

Gelas dihadapan Zara dicapai Eshal lalu dituangkan air buat sahabatnya.Risau tercekik nanti 'hilang' pula anak tunggal bonda ini.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now