Bab 32

1K 51 1
                                    

Matahari pagi yang baru saja mencurahkan cahaya itu menyerlahkan lagi suasana sepi setelah pemergian Iman.Majlis tahlil yang dikhususkan buat Iman itu bakal berlangsung beberapa jam sahaja lagi.Eshal mengatur langkahnya menuju kearah pusara Iman.
Dibawa sebekas air untuk menjirus pokok bunga yang ditanam Abang Am selesai sahaja pengebumian semalam.

"Iman sayangg...ibu datang ni.." manik halus mula menitik dipipinya.Suaranya seakan bergetar menahan tangis apabila teringatkan pesanan Bonda supaya tidak menitiskan airmata di pusara Iman.Seketika Eshal bersuara semula.

"Ibu rindu Imannn..ibu sunyi sayang takde dengan ibu...Imann..nanti Iman datang dalam mimpi ibu ye sayanggg"

"Ibu balik dulu ye sayang...nanti ibu cuti ibu datang rumah Iman lagi yee.."

Airmata diseka dengan jari.Perlahan tubuhnya dipalingkan.Matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri menghalanginya.

"Eh!!..Taufikk..nak lawat rumah baru Iman ye..?" Eshal menegur lelaki itu perlahan.Eshal mengalihkan badannya bagi memberi ruang kepada Taufik untuk mengambil alih tempat duduknya tadi.Mereka berselisihan.Taufik melemparkan senyuman kearah Eshal.

"Takziah Eshal...kau kena kuat untuk yang lain..Mereka perlukan kau.."

"Aku mintak maaf aku lewat datang semalam..flight aku delay dari Singapore.."

Taufik melekapkan kedua tangannya isyarat memohon maaf kerana tidak sempat menghadiri pengebumian Iman.Eshal hanya menganggukkan kepalanya lantas menghadiakan senyuman tanda tidak mengambil hati kerana kekhilafan itu.

"Takpe la Taufik..semuanya aturan Allah..kau jangan la rasa bersalah sangat...takpela..kau ziarah la Iman dulu..aku nak balik...kejap lagi majlis dah nak mula.." Eshal meminta diri lantas  berlalu dari pusara Iman.

Pintu tanah perkuburan itu dilewati.Dia sengaja berjalan kaki kerana kawasan tanah perkuburan itu tidak jauh dari Rumah Raudhatul Jannah.Beberapa tapak sahaja dia melangkah terasa lengannya direngut kasar.Sakit!

Hazril mengenggam erat lengan Eshal.
Nafasnya tercungap-cungap sambil matanya tajam menikam wajah isterinya.

"Rill!!.kenape ni?...lepaslah!! Sakit tau tak!" Eshal cuba merungkaikan pegangan tangan Hazril yang kuat mencengkam lengannya.Mata Hazril sudah memerah menahan rasa amarah.

"Apa hubungan kau dengan jantan tu!"

"Tak cukup dekat kafe?,hospital ?sekarang dekat tanah perkuburan pun kau nak buat hal ke Eshal!" Jeritan Hazril memecah gegendang telinga Eshal.Eshal menahan rasa marah yang sudah bertandang di hatinya dengan tuduhan Hazril yang dilemparkan buatnya.Tangannya ditarik-tarik bagi melepaskan cengkaman Hazril.

"Lepaslah!!!" Sekali pegangan itu terungkai jua.Eshal berpaling meninggalkan Hazril yang masih memandangnya tajam.

Eshal menuju kedalam rumah anak yatim itu dengan airmata yang sudah berjuraian dipipinya.Berat hatinya menanggung sebuah kehilangan.Tetapi hatinya makin membara ditambah lagi dengan tuduhan suaminya sendiri.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now