Bab 27

868 41 4
                                    

Eshal memandu laju menelusuri lebuhraya utara-selatan itu berseorangan.Ketika dia meninggalkan rumah tadi Hazril masih sedang mandi.Dia malas ingin bertemu empat mata dengan suaminya.

Hazril yang baru sahaja siap memakai pakaian itu keluar dari bilik air.
Dipandang bilik itu sekeliling jika ada kelibat isterinya.Matanya tertancap kearah almari.Bagasi Eshal sudah tiada disitu.Hatinya sudah berasa lain.Dia terus keluar dari bilik menuju ke aras bawah dan mencari Mak Jah.

"Mak Jah..Eshal mane?.."Mak Jah yang sedang menyapu di ruang tamu itu disapa Hazril.

"Laaa..Eshal dah pergi tadi...katanya takut lewat sampai di Ipoh..Eshal tak jumpa Ril dulu ke?" Hazril membulatkan matanya.

Hazril berlalu menuju keatas semula tanpa menjawab pertanyaan Mak Jah.Mak Jah mengerutkan keningnya tanda tidak memahami lantas menyambung kerjanya semula.

Hazril merempuh pintu biliknya kasar sehingga berdentum dengan tubuhnya.
Hatinya membara dengan sikap Eshal.Dia bernafas laju rambutnya dikuap kebelakang sambil merenung kedalam cermin yang tersedia di dalam bilik itu.Matanya merah.Peluh didahinya memercik.Telefon dicapai.Nombor Eshal didail berkali-kali tiada jawapan.
Fikirannya berputar tentang Eshal.

Baru sahaja ingin menapak kearah sofa telefonnya berdering.Matanya merenung kearah nama yang terpapar itu.

'Faeq'~

🌹🌹🌹

Hazril merenung ke arah ikan koi yang berenang-renang di dalam kolam di taman itu.Terasa ada tangan sedang menghulurkan sesuatu kearahnya.
Hazril tersenyum lantas mencapai air tin di tangan Faeq itu.Sengaja dia memilih taman sebagai tempat pertemuan mereka setelah habis waktu bekerja.

Faeq melabuhkan punggungnya diatas kerusi .Lantas air tin ditangannya diteguk.Hazril memandang ke wajah Faeq disisinya yang kelihatan serius itu.

"Eshal sihat?" Faeq mula melontar soalan.Dia sebenarnya sedang sakit berperang dengan kebenaran yang Eshal sudah menjadi milik Hazril sahabat baiknya sendiri.

"Sihat je.." Jawab Hazril ringkas.

"Macam mana kau boleh nikah dengan dia Ril..?

"Permintaan umi aku.." Hazril memberi jawapan kepada persoalan Faeq.

"Kau dah tahu dia jenis perempuan macam mana kan..?tapi kau terima juga.." Faeq memandang kearah Hazril yang merenung kearah dasar kolam itu.Hazril menganggukkan kepalanya.

"Kau takkan bahagia Ril dengan perempuan macam tu..!"

"Aku tahu..tapi umi aku lebih penting..aku takde pilihan lain Faeq.." Hazril membidas kata-kata Faeq.Faeq tersenyum sinis dengan jawapan Hazril.
Otaknya berfikir ligat.Dia tidak mahu mengeruhkan hubungan dia dan Hazril.Tetapi melihat Eshal bahagia menghancurkan hatinya.Dia tidak peduli jika dia harus mengatur cara lain untuk memusnahkan semuanya.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now