Bab 50

1.1K 42 4
                                    

"Abang...bangunlahh!!Eshal menarik kaki Hazril yang masih terlena diatas katil itu.Usai solat subuh tadi Hazril berkata hanya mahu melelapkan mata sepuluh minit.Tetapi ternyata bukan sepuluh minit sudah hampir dua jam matanya dilelapkan.Eshal yang sudah penat mengejutkan suaminya dari tadi akhirnya terduduk di birai katil.

"Kalau abang tak bangun..Eshal keluar dulu..!"Hazril terpisat-pisat mendengar ugutan isterinya.Kacau daun betul isterinya ini baru sahaja mimpi indahnya mahu menjengah.

"Ehh..alaa..kejap lah..!"Hazril akhirnya bangun ingin menuju ke bilik air.

"Abangg!!"Eshal menjerit kuat apabila Hazril menarik hujung tudungnya.Sengaja suaminya itu cuba merosakkan tudungnya yang sudah terletak elok di mukanya.Eshal mengerling Hazril yang sedang ketawa itu tajam.

"Pergi la betulkan balik..sempat je..abang nak mandi dulu..!"Eshal merengus geram.Tidakkah Hazril tahu jika rosak bentuk tudungnya ini nanti maka rosaklah mood sehariannya.

"Ingat senang ke nak betulkan awning  tudung ni..!"Eshal meniup-niup hujung tudungnya sambil cemberut mukanya.Hazril bersandar di tepi dinding berdekatan dengan meja solek di dalam bilik itu sambil merenung isterinya yang sedang membebel itu.

"Meh abang tiup..!"Hazril cuba mendekati Eshal tetapi belum sempat Eshal terlebih dahulu mencapai tuala di kerusi dan menekup muka suaminya sambil menahan ketawa.Hazril ini bukan boleh dipercayai jika miangnya datang.Risau!

"Tak payah..!panggg kang..!"Eshal menunjukkan tapak tangannya sambil menyeringai marah kearah Hazril yang sudah ketawa besar sambil menuju ke bilik air semula.

"Membebel je kejaaanyaaa..!"Giliran Hazril pula membidas Eshal.

"Takpa...lepas ni tak dengaq dah Eshal berletiaq macam ni..."Hazril ketawa kecil mendengar loghat utara isterinya itu.Pili dipulas dan air bercucuran menyentuh kulitnya.Dibiarkan ayat terakhir Eshal itu tanpa balasan sangkanya hanya gurauan.

🌹🌹🌹

Hari terakhir percutian yang dianjurkan uminya itu diakhiri dengan pertandingan sukaneka.Dari jauh kelihatan sekumpulan ahli keluarga yang berkumpul dibawah sebatang pokok.
Eshal hanya memerhatikan muka Zara dan Mia yang sudah diselaputi dengan tepung.

"Eshal..termenung ape tu..?"Bonda menegur Eshal dari arah belakang.

"Takdela..tu tengok Mia,Dini dengan Zara tu..comel!"Bonda mengambil tempat disisi Eshal sambil tersenyum kearahnya.Eshal memaut lengan bondanya sambil melabuhkan kepalanya di atas bahu bonda.

"Eshal rindu bonda.."Sayu suara Eshal menutur kata membuatkan hati bondanya beriak risau.

"Eshal okey ke..?"Dia merenung Eshal yang masih bersandar di bahunya itu.Matanya mengerling anggukan perlahan kepala Eshal.

"Eshal..kalau ada apa-apa bagitahu bonda ye.."Bonda mengusap kepala kepala Eshal sambil matanya merenung kearah Hazril yang menuju kearah mereka sambil tersenyum.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now