Bab 5

1K 47 1
                                    

4 tahun berlalu~

"Hoii!!.."tersentak Eshal mendengar dirinya disergah Damia sahabat serumahnya.Lamunan panjang Eshal di meja makan itu terhenti dengan senyuman kelat.Hilang semua khayalan bahagia dia bersama Faeq dahulu.

Jari jemari dilarikan disekitar bibir gelas air yang terhidang dihadapannya.Anak mata yang memerah diangkat memandang kearah Damia yang sedang merenungnya tajam.

"Sudah-sudahlah ingatkan mamat boya tu Eshal oii..!tak mendatangkan faedah pun untuk hang!..." Bebel Mia sambil tangannya menggapai plastik keropok di atas meja.Tahulah dia jika Eshal termenung panjang begitu pasti dia teringatkan kisah lama yang meragut kebahagiaan sahabat baiknya dua tahun lalu.

"Aku bukan teringatkan dia cuma terkenang bahagia yang dipinjamkan sekejap untuk aku dulu tu Mia.." Mia menggelengkan kepalanya berkali-kali sambil merengus geram sebaik sahaja Eshal membalas bebelannya.

"Suka hati hang lah Eshal oii!" Plastik keropok ditolak kearah Eshal sebelum punggung diangkat menuju ke dapur.

"Berletiaq kat hang sampai tercekik aku ni!" laung Mia dari arah dapur sambil matanya dipincingkan pada Eshal yang masih termenung di meja makan.


Flasback 2 tahun sebelum~

"Saya Faeq Bin Hamdan dengan ini menceraikan Eshal Sumayyah Binti Zamri dengan talak satu" bergema suara lelaki yang pernah membahagiakan dia di suatu masa dulu.Bertalu-talu suara itu memecah kesunyian di dalam dewan mahkamah dan tanpa disedari terjatuh juga airmata Eshal walaupun hatinya dan tangannya digenggam mencari kekuatan.

Renungan mata Eshal jatuh pada lantai tempat dia berpijak.Bagaimana jatuhnya talak keatas dia pada harini begitu juga runtuh jiwanya hancur hatinya.

Lelaki yang pernah berjanji pada arwah abahnya itu dulu tega melepaskannya demi wanita lain.Wanita yang meragut kebahagiaan yang dipupuk bersama Faeq dalam keadaan mereka yang masih terumbang ambing melawan arus dugaan dan ujian rumahtangga.Eshal masih tersenyum walaupun hatinya bergolak sedih.Perjanjian Faeq memang penipuan yang terhebat yang pernah dia hadapi.

Wajah lelaki yang sudah pun bergelar bekas suaminya itu direnung lama.Cinta dan kasih sayang yang diberikan pada Faeq selama ini hanya sia-sia.Dan ucapan kasih sayang lelaki itu terhadapnya adalah rekaan cuma.

Getaran didada menahan rasa melihat muka sinis lelaki itu dibiarkan tenggelam bersama dengan ucapan redha di dalam hati.

"Ya Allah kuatkan lah aku.."

Luka dihatinya lebih hebat sakitnya dari luka ditubuhnya.Hanya Allah sahaja yang tahu  apa yang sedang melanda jiwanya.Dia memandang sekeliling sayu tatkala tiada satu pun ahli keluarganya yang hadir menemani.Kerana fitnah Faeq dan wanita itu semua ahli keluarganya  membenci dia tanpa didengari penjelasan dan alasannya.Dan akhirnya dia redha dengan setiap ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan.

Eshal melangkah keluar dari dewan itu dengan surat penceraiannya di tangan.Langkah diatur laju sambil hati berulang-berulang berzikir memohon kekuatan.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now