Bab 22

817 35 0
                                    

Hazriq baru sahaja ingin menapak ke dalam rumah usai menghantar Mia dan Zara ke butik pengantin tadi terdengar suara Hani yang sedang bertekak dengan Mak Teh nya di ruang tamu itu.Hani kelihatan tidak berpuas hati mendengar penjelasan uminya tentang perkahwinan Hazril dan Eshal yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.Muka cemberut Hani dipandang Hazriq sekilas lalu menuju ke dapur.

Hazriq mengambil cawan dituangkan jus oren yang sudah tersedia di dalam peti ais itu.Dia tersenyum teringat wajah Hani yang sedang merajuk tadi.Mak Jah yang baru sahaja masuk ke dapur menegur anak muda yang sedang tersenyum sendiri itu.

"Hai Riq!senyum apa sensorang tu.."

"Takde apalah Mak Jah teringat je..."balas Hazriq lalu meneguk jus oren.Senyuman dilemparkan ke arah Mak Jah yang masih memerhati anak ketiga Datin Azlina itu.Langkah kakinya diatur laju menuju ke ruang tamu.

"Hani!jom ikut aku.." Hazriq menarik hujung baju Hani dibahagian bahu.Dia masih menjaga batas antara mereka.Umi dan Mak Teh memandang mereka hairan.Hani hanya mengekori Hazriq hingga ke laman depan rumah itu.

"Kau ni kenapa Riq!" Hani menepis tangan Hazriq.Risau bajunya terkoyak di tarik begitu.Matanya menjeling tajam ke arah Hazriq yang tersenyum itu.

"Aku tahu kau marah sebab Abang Ril nak kahwin kan?" Hazriq sengaja meneka walaupun dia mengetahui hakikat hati Hani yang sedang memberontak itu.Hani sudah lama menaruh hati pada Hazril sejak Hazril bercerai dahulu.Tetapi berkali-kali abangnya menolak kerana dia menganggap Hani hanya sebagai adiknya.

"Kau pun tahu Hani,Abang Ril tak anggap kau lebih dari seorang adik..aku tahu apa yang kau buat sebelum ni bukan sebab kau betul-betul cintakan abang Ril tapi kau cuma nak mencuba..betul tak?" Hazriq meneruskan bicaranya.Hani memandang wajah Hazriq yang masih menanti jawapannya itu.

Hazriq memahami isi hati Hani yang perlukan perhatian.Mana tidaknya usianya baru sebaya Hazreen adiknya.Masih mentah.Dia juga tahu Hani tidak kebudakan seperti pandangan orang lain kerana dia kerap memerhati cara Hani berlainan ketika bersamanya.

"A-apa yang kau cakap ni!" Terkulat-kulat Hani membalas pertanyaan Hazriq.Matanya dilarikan kearah lain tidak sanggup menatap mata Hazriq yang masih menikam tajam wajahnya.

"Aku tahu kau cuma nak kan perhatian..Tapi cara kau tu salah..Abang Ril boleh je bagi kau perhatian macam dulu...tapi cuma sebagai adik!" Hazriq tahu dahulu Hazril suka melayani Hani seperti dia melayani Harissa.Cuma Hani yang mungkin tersilap percaturan tentang sikap Hazril hingga dia berani menggoda Hazril.Sehingga membuatkan Hazril menganggap Hani persis wanita lain yang terkejarkannya kerana status dudanya.Itu yang membuatkan keadaan menjadi lebih tegang antara mereka.

Hani hanya memandang Hazriq kosong.
Dia sendiri bingung dengan perasaannya.Hani berpaling ingin masuk ke rumah semula.Dia tidak mahu berdepan dengan Hazriq lebih lama.
Persoalan Hazriq itu tiada jawapan yang dapat dia lontarkan saat ini.

Hazriq yang melihat itu lantas bersuara.

"Kau boleh tipu aku!tapi kau tak boleh tipu hati kau sendiri Hani!.Cuba kau cari lelaki yang betul-betul boleh bagi kau perhatian..mesti kau akan rasa nikmat bahagia tu Hani!" Hazriq bersuara keras apabila melihat susuk gadis itu berpaling dan ingin berlalu.
Senyuman kelat dibibir Hazriq menandakan hatinya hampa Hani berlalu tanpa kata.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now