Bab 30

1K 54 5
                                    

Berminggu-minggu Hazril hanya mendiamkan diri.Iman di hospital bersama Eshal juga tidak dijenguknya.
Hujung minggunya hanya dihabiskan di rumah sahaja.

"Ril..kamu tak melawat Iman ke?"Soal Datuk Izzudin kepada anak lelakinya yang sedang menonton televisyen itu.

"Tak Pa..Ril penat la..." Ringkas jawapan ditujukan kepada papanya yang sedang duduk di sofa bertentangan dengannya.

"Lama sangat kamu tak pergi sana..kenape?..ada masalah ke..?"Soal papanya kepada Hazril yang masih fokus menonton televisyen itu.Hazril menggeleng kepalanya.Sekilas susuk tubuh uminya pula mengambil tempat disebelah papanya.Hazril terus bangun ingin melarikan diri dari terus dipersoalkan.

"Nak kemane tu?..takut umi yang tanye pulak ke?" Hazril tidak menghiraukan uminya terus dia berlalu menuju ke tingkat atas.Umi menggelengkan kepalanya melihat sikap anak lelakinya itu.

"Assalammualaikumm.." Datuk Izzudin
dan Datin Azlina memalingkan wajah mereka pada suara yang muncul di muka pintu.Umi tersenyum melihat kelibat Eshal yang memasuki pintu utama itu.

"Waalaikummusalam.." Jawab keduanya serentak.Eshal menuju kearah ayah dan ibu mertuanya menyalami tangan mereka.Lantas dia mengambil tempat disisi umi.Belakangnya digosok perlahan umi.

"Macam mane Iman..?" Eshal tersenyum tawar mendengar soalan uminya itu.Dia pulang hanya ingin memenuhi permintaan Iman ingin bertemu dengan Hazril.Ikutkan hati dia tidak mahu meninggalkan Iman dalam keadaan sebegini.

"Tak ok lagi Umi...dia lemah...diorang tak dapat nak teruskan pembedahan dalam keadaan macam ini..." Sayu suara Eshal.Seminggu dua ini dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Alhamdulillah majikannya memahami situasinya.Daniel juga sudah mencarikan pengganti sementara untuk membuat kerja-kerja akaun pagi pihaknya.

Jikalau ada kerja-kerja penting Daniel akan menghantar fail ke rumah Kak Shima yang sedang berpantang itu.Kak Shima juga memahami situasinya.
Dikurniakan sahabat sepejabat seperti ini meringankan sedikit beban di kepalanya saat ini.

"Eshal banyak-banyak bersabar ye.." Umi menggosok bahu menantunya itu perlahan menghadiahkan sedikit semangat untuk Eshal.

"Takpe la umi..Eshal naik atas dulu.." Eshal meminta diri sebelum berlalu ke tingkat atas.Dia menapak perlahan dengan tubuhnya yang penat.Mujurlah bonda sudi menggantikan tempatnya sementara dia pulang untuk memujuk Hazril bertemu Iman.Anaknya itu kerap demam setelah ditinggalkan sebegitu tempoh hari.

Pintu bilik dibuka perlahan salam diberi tetapi tidak bersambut.Hazril sedang duduk bersandar di kepala katil sambil memerhati skrin telefonnya.Susuk tubuh isterinya yang memasuki ruang bilik itu tidak dipeduli.

Eshal hanya memerhati sekilas suaminya lantas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Selesai membersihkan diri dia menuju ke bilik solat di sebelah bilik Hazril.Dia tidak mahu mengganggu suaminya yang sedang berehat itu.Usai solat Zuhur dia menuju semula ke bilik itu.Hazril masih dalam posisi tadi.Eshal mengeluh perlahan.Dia harus memulakan semuanya.

🌹🌹🌹

Eshal menapak perlahan kearah birai katil.Dia berdiri kaku disitu.Hazril masih membatu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now