Bab 24

828 39 0
                                    

Terdengar azan Subuh dari masjid yang berdekatan membuatkan lena Eshal terjaga.Dia menuju ke bilik air lalu membersihkan diri.Suaminya masih lena diulit mimpi diatas katil.

Usai saja membersihkan diri dia menuju kearah Hazril diatas katil.Ditolak perlahan kaki suaminya menggunakan bantal peluk.Bimbang wudhuknya terbatal.

"Awak...wakk..bangunlah subuh ni!" Eshal menguatkan suaranya sedikit memandangkan Hazril tidak berganjak sedikit pun walaupun dari tadi dia cuba mengejutkan suaminya itu.

"Ermmm...angkat!" Hazril menggosok matanya lantas menghulurkan tangan kearah Eshal.Senyuman nakal terbit dibibirnya.Eshal membulatkan mata lalu berganjak kearah belakang sedikit.

"Cepatlah!!" Tangan dihulur mendekat lagi .Dia tahu Eshal yang sudah siap bertelekung itu takut jika bersentuhan dengannya.Dia bangun terus mendekat lagi dan lagi dengan Eshal.

Bukk!

Eshal yang cuba berganjak kebelakang ingin mengelak dari suaminya itu terus jatuh terduduk diatas sofa.Eshal mengambil bantalnya lalu dibaling kearah Hazril yang sedang ketawa melihatnya itu.

'Nasib jatuh ataih sofa kalau ataih lantai tadi tak ka naya aku'~

Hazril cuba mengelak dari balingan itu lantas melarikan dirinya di sebalik dinding terus ke bilik air.Senyuman nakal dibibirnya masih belum menghilang.Eshal yang terdiam diatas sofa itu memejamkan matanya cuba melupakan gurauan Hazril tadi.

Gurauan Hazril yang baru beberapa hari menjadi suaminya itu mengusik tangkai hati Eshal.Tetapi dia cuba menepis bimbang jika dia menaruh hati tetapi akhirnya dikecewakan.Dia tidak mahu lagi terulang kisah lama.Cukuplah sekali!

🌹🌹🌹

"Aku hantar!" Eshal yang ingin memulas tombol pintu bilik itu berpaling kearah suara Hazril yang sedang
menyarungkan jam di tangan itu.Eshal memuncungkan bibirnya.Otaknya ligat memikirkan alasan.

"Ehh..takpela saya drive sendiri..lagipun kejap lagi saya ada kerja luar.." Eshal menipu sebenarnya.
Dia bimbang jika staf lain melihat Hazril menghantarnya.Hazril merenungnya tajam.Dia hanya mampu menelan liur.

"Okey..tapi lunch nanti aku ambik kau!" Eshal membulatkan matanya mendengar arahan suaminya.Dia terperangkap lagi.

'Adoii..baru ja nak lari dah kena trap balik..matilahh akuuu!!'~ Eshal mengigit bibirnya mencari idea alasan untuk mengelakkan Hazril berjumpanya di pejabat.

"Errr...saya rasa tak boleh la wakk..saya dah janji nak lunch dengan kak Shima.." Eshal hanya terfikirkan nama Kak Shima setakat ini.Didalam hatinya sudah gundah gulana.Hazril menjelingnya sekilas lalu berpaling mengambil briefcasenya  yang Eshal sediakan diatas katil.

'Kalau aku tahu kau buat benda lain belakang aku siap kau Eshal!'~ Hazril memandang Eshal yang masih tercegat di hadapan pintu.Dia menjeling sekilas lalu terus keluar dari bilik itu.Eshal menarik nafas lega.

'Terima kasih Ya Allah selamatkan aku harini'~ Eshal mengangkat kedua belah tangannya sambil memandang keatas.Dia tersenyum lantas menuruti langkah Hazril menuruni tangga.

🌹🌹🌹

Eshal memimpin tangan Kak Shima yang sarat itu menuruni tangga.Harini selera Mak Buyung nak makan nasi ayam bakar.Nasib restoran nasi ayam bakar itu tidak jauh dari pejabatnya.Berjalan kaki sahaja sudah sampai.Langkah diatur perlahan berdua.Sesekali Eshal dan Kak Shima ketawa berkongsi cerita.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now