Bab 29

878 45 2
                                    

"Ibuu.." lemah suara anak kecil yang sedang terbaring itu.Iman sedar setelah hampir seminggu ditidurkan bagi merehatkan tubuhnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser buah pinggang itu.

"Ye sayanggg..ibu kat sini...sorry ye ibu lambat.." Eshal menggeselkan hidungnya ke hidung Iman.Iman tersenyum kecil.Iman masih kelihatan tidak bermaya .Doktor masih mencari rawatan terbaik untuk Iman.

Sebulan juga Eshal berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka hampir setiap hari.Pada waktu siang Iman dijaga oleh Kak Mayyah atau Alia.Eshal mengambil tugasnya hanya pada waktu malam memandangkan dia perlu bekerja.Mahu memohon cuti tanpa gaji tetapi memandangkan Kak Shima sudah bersalin.Eshal tiada pilihan kerana pengganti tidak dapat dicari dalam waktu yang singkat.

Eshal merebahkan dirinya disisi Iman.
Setiap malam dia memeluk tubuh kecil ini.Nasib katil yang disediakan pihak hospital untuk Iman bersaiz besar dapatlah dia menumpang tidur sekatil dengan Iman.

"Ibuuu..atitttt.." Iman menunjukkan tangannya yang dicucuk branula itu.
Eshal mengelus lembut tempat yang ditunjukkan Iman itu.

"لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ"

"Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin"

Eshal membaca zikir Nabi Yunus itu berkali-kali sambil menghembus tangan Iman yang sakit itu.Wajah polos Iman yang sudah terlena itu dipandang sayu.Hatinya gusar dengan keadaan Iman yang semakin lemah.

'Boleh ka Iman bertahan?'
'Macam mana hidup aku tanpa Iman?'
'Iman jangan tinggalkan ibu ye..'~

Eshal memejamkan matanya seketika memohon ketenangan hati.Dia merangkul tubuh kecil Iman yang masih berselirat wayar itu.Didodoi perlahan Iman.Tanpa disedari airmatanya sudah mula menitis.Lelapnya indah bersama Iman.

🌹🌹🌹

Hazril melintasi ruang dapur menuju ke ruang tamu sambil membetulkan jam di pergelamgan tangannya itu.Baru sahaja ingin membuka pintu utama terdengar namanya dipanggil umi dari arah belakang.

"Ril..nak gi tengok Iman ke?"

"Haah umi...kenapa?" Hazril mengerutkan dahinya dengan soalan umi.

"Takde..kirim salam semua ye..Eshal tu pastikan dia makan..!" Umi memberi arahan kepada Hazril.Risau menantunya itu diserang gastrik lagi.Sudah seminggu Eshal tidak balik kerumah ini.Hatinya sudah rindu.

"Yela..sayang benau menantu sorang tuu..Ril ni makan ke tak pun orang tak peduli.." Hazril mencebikkan bibirnya mengusik umi yang menjeling kearahnya.Tawanya meletus melihat wajah umi.

"Okey-okey lah...Ril pergi dulu..bye umi..." Hazril menghadiahkan flying kiss kearah uminya.Umi hanya ketawa kecil melihat gelagat anak lelakinya itu.
Nampak sikap Hazril banyak berubah kebelakangan ini.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now