Bab 38

1K 45 9
                                    

Dini sah menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz kepada Addin.Wajahnya berseri-seri sambil melemparkan senyuman kearah tetamu ketika majlis persandingannya.

Eshal,Zara dan Mia sedondon dengan kurung moden berwarna pink belacan.Hazril,Mukhriz,Hazriq dan Hazreen pula sedondon dengan kemeja putih berseluar cream.

Umi dan bonda tersenyum bahagia melihat riuh rendah suasana diatas pelaminan dengan keletah mereka yang sedang bergambar.

"Sini kau!!"Mia menarik tangan Eshal lantas ditegakkan tubuh Eshal di tengah pelaminan.Mukhriz menolak Hazril mendekati Eshal.Hazriq sudah bersedia dengan kamera telefonnya.

Hazril cuba untuk turun semula.Mukhriz menahan sambil membeliakkan matanya kearah Hazril.Hazril tidak peduli dengan amaran Mukhriz dan berlalu turun.Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan antara dia dengan Eshal.Eshal hanya membiarkan Hazril yang kelihatan muram itu.Bukan dia tidak perasan tapi sengaja dibiarkan Hazril merasai pula sakitnya selama ini.

"Rill..kau ni kenape?"Mukhriz mengejar Hazril dari arah belakang.Hazril hanya mendiamkan diri dan menuju ke meja dibawah khemah.

"Weyhh!!.jom makan!" Zara memanggil Mia dan Eshal.Eshal meninggalkan Mia diatas pelaminan lalu turun mengikut Zara mengambil makanan.

Baru sahaja Eshal mahu mengambil pinggan ada tangan yang menyuakan pinggan kepadanya.Matanya dilirik ketepi melihat gerangan tangan sasa itu.Fahmi!

Eshal mengelak untuk mengambil pinggan itu lantas dia menuju kebahagian depan untuk mengambil kuih dahulu.Bimbang jika Hazril memerhati jadi seperti semalam pula.Sudahlah harini semuanya tetamu luar bukan ahli keluarga sahaja.

"Wakk..meh la duduk sini.." Fahmi mempelawa Eshal yang melalui mejanya.Eshal hanya mengangguk tanda terima kasih atas pelawaan itu.Lantas kakinya diatur kearah meja Zara.Sekilas wajah suaminya dipandang.Muram!

Baru sahaja dia memegang kepingan kuih itu tiba-tiba sahaja kuih itu masuk ke mulut orang lain.Eshal terkejut.Zara sudah memandang tajam Fahmi yang tersengih tanpa rasa bersalah.

Hazril yang memerhati dari jauh itu menggenggam penumbuknya.Baru sahaja dia ingin bangun Mukhriz menahannya.

"Kau ni takde adab ke?" Zara menegur Fahmi.

"Laa...aku tak kacau kau pun...asal! Jeles?"Zara sudah mahu bangun.Lelaki ini betul-betul meruntuhkan kesabarannya.

"Boleh tak tolong respect saya sikit?"Eshal bersuara sambil bangun berdiri berhadapan dengan Fahmi.

"Ala..nak ngurat pun salah ke?"Eshal sudah bingung dengan pertanyaan lelaki ini dari semalam.Rasanya semalam Dini sudah memaklumkan yang dirinya isteri orang.Tetapi lelaki ini masih tidak faham bahasa

"Aku ni isteri orang.." Eshal bersuara semula.Fahmi hanya membuat muka sinis.

"Mana bukti kau isteri orang?"Eshal sudah mula berang dengan manusia dihadapannya itu.Mahu dicari tas tangannya tetapi didalam bilik pula.Wajah Hazril dipandang sekilas.

Eshal berjalan menuju kearah Hazril.Hazril pelik isterinya itu menuju kearah dirinya itu.

"Mana wallet?" Hazril memandang Eshal pelik.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now