Bab 13

815 41 0
                                    

Riuh halaman rumah bonda dipenuhi dengan kunjungan saudara mara .Eshal yang baru turun usai solat maghrib  terus ke dapur mencari bayangan sahabatnya.

Eshal seperti biasa dengan palazo,sweatshirt dan shawlnya.

Senyuman terukir dibibir melihat  Mia dan Zara bertenggek di atas kerusi sedang memotong buah.Dini pula masih didalam bilik sedang bersiap untuk menyertai mereka.

"Kenapa ramai kat luar tu?Majlis esok kan?" Soal Eshal kehairanan.

Cik Milah masuk dari pintu dengan senyuman melihat tiga anak gadis itu sedang berbual di dapur.

"Memang laaa esokk cik kak oii..tapi malam ni adik beradik bonda datang..nak menolong katanya" jelas Zara ringkas menjawab persoalan Eshal.

"Ooooo..."Balas Eshal sambil memuncungkan mulutnya dengan anggukkan kecil.

Eshal merenung sekilas Mia yang sudah comot sedap mengunyah tembikai yang dipotong Zara .

'Tak senonoh betul la si Mia ni..ni kalau bakal laki datang belum masuk merisik udahh pulanggg...'~

"Hai Zara.." Tegur seseorang dari arah belakang ,serentak mereka bertiga berpaling kearah suara itu .

"Hai.."Balas Zara pendek sambil membuat mimik muka mencebik.

Eshal dan Mia saling berpandangan kebingungan melihat Zara yang masam mencuka sebaik sahaja gadis itu menyapa mereka tadi.

"Bonda mintak i ambilkan piring.." Jelas gadis itu sambil merenung ke arah mereka bertiga.

"Nah Hani..ambik piring ni.." Cik Milah yang terdengar permintaan gadis itu terus menghulurkan piring bimbang tercetus perang mulut melihat keadaan Zara yang sudah merengus geram.

Gadis itu menyambut huluran piring dari tangan Cik Milah sambil menjeling ke arah mereka bertiga sebelum panahan matanya ditajamkan pada raut wajah Eshal.

'Aikk ...belum kenal dah cop musuh..terima kasih kat Cik Milah pun tak..'~Gumam Eshal didalam hati.

"Hani...anak mak teh aku,adik bonda.." Eshal dan Mia berbalas pandangan sebaik sahaja mendengar penerangan Zara.Seram!

Eshal hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil mencapai sepotong buah tembikai lalu disuapkan ke mulut sendiri.Malas nak semakkan kepalanya dengan persoalan lain lagi.


🌹🌹🌹

Dini meluncur laju turun dari tangga lantas terus ke dapur.Mia dan Zara pula sudah menatang pinggan buah menuju ke ruang makan.

Eshal dibiarkan membantu mereka mengelap meja yang berselerak di dapur itu.

Tiba-tiba!

Tingg!

Bunyi pesanan whatapps telefon Dini kedengaran.Eshal naik mengangkat wajahnya memandang kearah Dini yang tersenyum-senyum menilik skrin telefon.

"Eshal!Jom!"Dini menggapai tangan Eshal yang kebingungan  ke luar dari pintu dapur terus kearah gazebo yang terletak di bahagian belakang laman rumah Bonda.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now