Bab 57

1.2K 54 4
                                    

Eshal mundar mandir di dalam biliknya cuba melegakan pinggangnya yang terasa sedikit lenguh apabila dia cuba untuk menghela nafasnya untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi.Sesekali tangannya digenggam kuat dan matanya mengerling kearah jam di dinding menanti kepulangan suaminya.

"Sayang..!okey tak..?"Hazril menerpa masuk ke dalam bilik tidurnya.Dia meninggalkan semua kerjanya di pejabat apabila menerima panggilan Eshal sebentar tadi.

"Tak tahu lah rasa macam dah dekat sangat..tapi Eshal takutt.."Eshal mencebikkan bibirnya kearah Hazril yang sedang mengusap lembut perutnya.

"Shuhh..kita pergi hospital okey!"Hazril menggosok perlahan kepala isterinya cuba memujuk sedangkan hatinya sendiri berdegup kencang gelisah memikirkan keadaan Eshal yang sedang kesakitan itu.

"Abang..!!"Hazril yang baru sahaja berpaling untuk mencapai telefonnya diatas meja solek itu terkejut apabila namanya dijerit Eshal tiba-tiba.Matanya tertancap pada lantai bilik yang sudah dilimpahi air ketuban Eshal yang pecah.

"Sa..saa..sayangg..!"Tergagap Hazril memanggil nama isterinya.Tiba-tiba sahaja matanya yang berpinar melihat air ketuban yang membasahi lantai itu.

"Cepat lahh abang..!!"Hazril yang termangu-mangu terkejut dengan sergahan Eshal itu terus mencapai tangan isterinya lalu dipimpin perlahan menuju ketingkat bawah.

Hazril memimpin tangan Eshal kearah kereta sambil terkumat-kamit berzikir bersama isterinya itu.Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah menuju ke hospital.Sesekali wajah isterinya yang berkerut menahan kesakitan dikerlingnya.

"Sabar ye sayang.."Eshal hanya me mengangguk mendengar pujukan suaminya sambil matanya dipejam rapat menahan kesakitan.

Sebaik tiba di hospital Eshal dimasukkan terus ke dewan bersalin.Hazril diminta masuk menemani Eshal.Setiap kali mendengar jeritan Eshal ketika proses melahirkan Hazril memejamkan matanya rapat terasa takut melihat istetinya meraung begitu.

"Sayang...kuat sayangg..!"Tangannya digenggam erat Eshal memohon kekuatan dari suaminya.Keringat halus di dahi Eshal diusap jari jemarinya perlahan.

Selepas beberapa jam Eshal menangggung kesakitan akhirnya zuriat yang ditunggu-ditunggu itu lahir ke dunia jua.Airmata lelakinya jatuh disaat dia melihat pengorbanan isterinya bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.

"Encik..potong tali pusat ye..!"Gunting dihulur oleh seorang jururawat yang ketawa kecil melihat kearah Hazril yang masih terpisat-pisat mengelap air matanya itu.

"Bismillah.."Mata Hazril bergenang kembali apabila mendengar suara tangisan anaknya sebaik sahaja tali pusat dipotong.Indahnya kurniaan Allah buat dirinya dan Eshal.

Bayi kecil yang sudah comel berbedung itu diserahkan jururawat kepada Hazril.Sesaat dua terdengar alunan azan dan iqamat yang lembut dan sayu dari bibir Hazril membiaskan rasa tenang dihati Eshal.Sesekali jari jemari halus anaknya menyentuh dagunya yang sedang merenung mata anaknya.

"Selamat datang princess babah..!"Kepala anaknya yang masih berbauan syurga itu dikucup perlahan.Hazril yang memangku anaknya menunduk sedikit lalu kucupannya beralih pada dahi Eshal yang masih terbaring sambil merenung mereka.

"Terima kasih bidadari syurga abang.."Tangan Eshal dicapai lalu dikucup perlahan sebelum matanya dipejam rapat tanda bersyukur pada yang Maha Esa.Terlalu banyak ujian yang perlu dilaluinya dan juga Eshal untuk merasa bahagia.Tangan mulus Eshal mengusap airmata yang mengalir dipipinya perlahan cuba memujuk.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now