Bab 7

974 41 0
                                    

Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah meluncur masuk ke perkarangan rumah banglo kepunyaan Datuk Izzudin yang dihuni bersama keluarganya.

Datuk Izzudin merupakan pemilik sebuah syarikat pembinaan yang telah membangun lama di ibu kota Kuala Lumpur yang diusahakan bersama-sama dengan isterinya Datin Azlina.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

"Ril..nak air panas ke?"tegur Mak Jah sebaik melihat kelibat seorang jejaka memasuki ruang dapur.Senyuman dilemparkan kearah Hazril Adrian yang merupakan anak kedua kepada majikannya.

"Takpe Mak jah..Ril tak rasa nak minum lagi ni...Mak Jah goreng apa tu?"soal Hazril sambil menjenguk ke dalam kuali yang terletak di atas dapur.Bau wangi gorengan itu menarik minatnya.

krukk!

Perutnya berlagu sendu setelah seharian hari ini bertungkus lumus menyiapkan kerja di pejabat.Mak Jah tersenyum sambil membalikkan gorengannya bukannya dia tidak mendengar bunyi perut anak majikannya yang bernyanyi riang.

"Ubi keledek goreng Ril..tu ada dah yang siap..Ril nak ke?"tanya Mak jah.

Hazril mengangguk sambil tersengih tanpa bersuara,dia sudah tidak mampu bersuara kerana terlalu penat.Cepat sahaja tangannya menggapai ubi keledek goreng yang disuakan kepadanya.Mulutnya mengunyah laju tanpa memikirkan pandangan pembantu rumahnya.

Mak Jah menuangkan air kopi panas yang tersedia di atas meja di dapur itu tanpa Hazril memintanya.Kasihan dia melihat anak muda itu melahap laju ubi goreng itu tanpa berhenti.

bruppp!

Hazril segera menutup mulutnya apabila mulutnya mengeluarkan bunyi tanda kekenyangan setelah menghabiskan beberapa keping ubi goreng tadi.

"Ishh!budak ni Alhamdulillah la anak oi..."bebel Mak jah setelah terdengar bunyi yang menyapa telinganya.Kepala digeleng dengan senyuman manis.

Hazril tersengih malu.

"Mak Jah?"

"Ye Ril,kenape?" Mak jah menyahut panggilan Hazril sambil mengerling sekilas ke belakang.Tangannya masih ligat membasuh pinggan di dalam sinki.

"Umi mana?" tanya Hazril lagi sambil retina matanya meliar mencari kelibat uminya.

"Umi kat atas katanya tadi kaklong kamu telefon.."

"Ouhh.." jawab Hazril pendek sambil memuncungkan mulutnya.

Otaknya berfikir ligat tentang topik yang dibincangkan umi dan kakaknya itu.Jarang sekali kakaknya itu menghubungi jika tiada topik hangat yang mahu dibincangkan.Biasalah nama pun perempuan!

Papppp!

"Woii!! sakitlah bodoh punya adikk.." Jerit Hazril sambil menggosok belakang kepalanya yang ditepuk seseorang.Tak lain tak bukan pasti Hazriq Ardani yang merupakan anak ketiga kepada Datuk Izzudin.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now