Special Chapter 3

1.3K 39 2
                                    

Eshal tersenyum memandang sekeliling bilik yang pernah dihuni Iman lalu dielus perlahan lukisan-lukisan Iman yang masih tertampal di dinding.Akhirnya Allah menguatkan hatinya untuk berhadapan dengan kenangan Iman di rumah anak yatim itu.

Hari ini dia kembali melangkah ke dalam rumah itu untuk meraikan majlis sambutan ulang tahun Eiyad Hamsyari yang pertama.Sengaja dia memilih rumah anak yatim itu supaya Haura dan Eiyad dapat berkongsi kenangan gembira mereka dan rezeki dengan anak- anak syurga disitu.

"Jangan lah..!"kuat jeritan Haura di ruang rehat rumah anak yatim itu mengejutkan Hazril yang sedang membantu Abang Am memasang belon-belon di sekitar meja yang terletak di laman hadapan rumah Raudhatul Jannah.

"Kakak..kenapa ni..?"Hazril mengelus perlahan kepala anak perempuannya yang cemberut dengan pensil warna di tangannya.

"Tengok ni..abang Naufal ni..dia kacau kakak..!"Lancang mulut kecil itu mengadu kepada ayahnya.Hazril ketawa kecil sambil melirik kearah Naufal yang tersengih memandangnya.

"Alaa..abang Naufal usik je.."Hazril cuba meleraikan rasa marah Haura.Eshal menuju kearah mereka setelah melihat suaminya sedang berusaha memujuk anak sulungnya.

"Kenapa..?abang Naufal buat apa..?"Eshal duduk bersila di tepi Naufal lalu digosok kepala Naufal.

"Abang Naufal tarik rambut kakak..!"Eshal membeliakkan matanya sambil tersenyum kearah Hazril yang sudah ketawa mendengar keletah anaknya.

"Macam ni ke abang Naufal tarik?"Giliran Eshal pula menarik sedikit tocang Haura ingin mengusik.Haura beralih naik keatas ribaan babahnya dengan wajah mencuka.

"Sayang.."Hazril sudah dapat meneka idea nakal isterinya.Eshal menjeling suaminya yang memeluk erat anak perempuannya.

"Ibu nye pun.."Kak Mayyah yang memerhati dari jauh sudah mula membebel kepada Eshal.Digeleng perlahan kepalanya melihat gelagat Eshal yang suka mengusik anak daranya itu.

"Bu..bu..bu.."Eiyad Hamsyari yang baru sahaja boleh bertatih itu terkedek-kedek menapak kearah Eshal dari belakang dikejar Faeq.

Ya,Faeq akhirnya diterima untuk menggalas tanggungjawab bersama Abang Am menjadi sukarelawan di rumah anak yatim itu.Pada mulanya agak berat Eshal ingin memberi keizinan apabila Abang Am menyuarakan hasratnya ingin mengambil Faeq menjadi pembantunya.Tetapi Hazril yang memberi jaminan apabila melihat kesungguhan Faeq untuk menebus segala dosa dan kesalahannya.

"Haaa..tak boleh!Mama Mia punyaa!"Mia meluru kearah Eshal dari tepi terus memeluk tubuh sahabatnya ingin mengusik Eiyad.Eshal ketawa melihat Eiyad cuba meleraikan tautan tangan Mia di bahunya.

"Bu.."Mia membeliakkan matanya kearah Eiyad yang cuba menarik tangannya.Semakin kuat tangan anak kecil itu cuba merungkaikan jari jemarinya.

"Tak boleh!ibu mama Mia punya.."Mia memekupkan mukanya kebelakang Eshal sebelum.

Krapp!

Terdengar bunyi gigi Eiyad mengigit sesuatu serentak terdengar raungan Mia.

"Adoiii...!!"Mia menarik tangannya yang sudah melekat kesan gigi Eiyad.Eshal menarik lengan Mia lalu ditunjukkan kearah Hazril yang sudah berderai ketawanya.Tajam betul gigi anak teruna Eshal dan Hazril ini.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now