Bab 44

1K 53 9
                                    

Selesai sahaja solat Isyak Eshal termenung di dalam bilik solat itu sendirian.Difikir-fikir bilik tetamu atau bilik suaminya yang harus ditujunya malam ini.Langkah diatur ke bilik Hazril dan pintu dibuka perlahan.Kelihatan Hazril menaip sesuatu di skrin ipadnya diatas katil.

Eshal menuju ke arah almari baju yang terletak disudut bilik itu.Seingatnya dia masih meninggalkan sedikit bajunya dibilik itu.Eshal membuka bahagian almari bajunya tetapi tiada sehelai pun yang tinggal yang ada hanya baju kerja Hazril.Wajahnya dilayangkan pada Hazril yang masih membatu diatas katil itu.

'Takkan lah dia buang baju aku pulak!'~

Hazril yang dari tadi memerhati gelagat Eshal dari ekor matanya bangun dan menuju kearah Eshal yang masih merenung kedalam almari itu.Laju tangan Hazril membuka pintu almari di bahagian lainnya.Eshal hanya memerhati gelagat Hazril.

"Baju sayang kat sini..abang satukan dengan baju abang.."Eshal terpaku melihat suaminya yang tersenyum kearahnya itu.

"Thanks!"Eshal membalas ringkas.

"Welcome my dear!"Hazril membalas dan menuju kearah katilnya semula.Ipadnya dicapai lalu meneruskan kerja-kerjanya.Eshal menapak kebilik air dan membersihkan dirinya.

Selesai bersiap dia melangkah keluar.Shawl yang tersangkut dibahunya ditarik semula menutupi rambutnya.Sepanjang pernikahannya dia tidak pernah membuka tudungnya waima bersama Hazril didalam bilik sekalipun.

Dipandang kearah Hazril yang masih merenung skrin Ipad itu.Eshal mencapai telefon diatas meja solek lalu menuju kearah sofa yang kebiasaannya beberapa bulan lalu menjadi katil dia melepaskan lelah seharian bekerja.Eshal masih mengingati syarat yang dibentang buatnya apabila pertama kali melangkah ke dalam bilik ini.Dia merebahkan tubuhnya keatas sofa dan mengiring menghadap kearah katil Hazril.

Hazril yang masih sibuk menatap skrin ipad  mengalihkan pandangannya kearah Eshal yang berbaring di atas sofa.Nafasnya didesah kuat terus dia bangun dan menuju kearah Eshal yang ralit membelek pesanan ringkas yang seharian tidak sempat dibacanya.

Eshal bingkas bangun sebaik lengannya disentuh Hazril seperti mahu mendukungnya.Tangan Hazril ditepis kasar tidak sengaja.

"Laa..ingat kan sayang dah tidur tadi!"Hazril berpura-pura tidak nampak yang mata Eshal masih celik sedari tadi.

"Kenape.?"Eshal mengerutkan dahinya.

"Tidur kat atas katil tu!"Hazril memberi arahan.Eshal menelan liurnya berkali-kali.

"Takpela..saya tidur kat sini je.."Eshal melirikkan matanya kearah sofa.Riak muka Hazril sudah berubah.

"Kalau macam tu..sayang tidur atas katil..abang tidur atas sofa.."Hazril memberi arahan buat kali keduanya.Eshal tetap membatu sambil merenung jari kakinya.Bagaimana mahu mentafsir hati sendiri saat ini.Dia sendiri keliru dengan perasaannya.

"Sayang..sana!"Hazril memberi arahan buat kali ketiga sambil jari telunjuknya menunjuk kearah katil.Eshal yang terkejut dengan sergahan itu menapak kakinya perlahan lalu duduk di birai katil.

Hazril menuju kearah katil dan mengutip ipad dan kertas yang bertaburan itu.Sempat dia mencapai bantal tidurnya.Dia meletakkan barang kerjanya diatas meja solek lalu membuka almari dan mengambil selimut .Eshal hanya membisu sambil memerhati tindak tanduk Hazril .

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now