Bab 43

1K 52 8
                                    

Eshal yang baru mahu terlelap diatas sofa itu terjaga kembali apabila mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya.Dia membentak bangun sambil menguap beberapa kali.Dipandang jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul 12.30 tengahari.

Eshal mengintai ke luar rumah ingin melihat siapakah gerangan yang menganggu waktu tidur tengaharinya ini.Matanya membulat apabila melihat kereta Zara di hadapan rumahnya.Kelibat bonda berjalan memasuki pagar rumahnya dipandang geram.

"Assalammualaikum...Eshal!"

"Waalaikumussalam..ye bonda ku sayang ada apa ye ke mari?" Eshal membalas sambil membuka pintu rumahnya.Bonda membulatkan matanya melihat Eshal yang serabai itu.

"Ya Tuhann!!kamu tidur ye Eshal tengahari buta macam ni..dah-dah..jom!"Bonda membebel sebaik sahaja dia berdiri di muka pintu rumah itu.

"Jom pi mana pulak dah?Eshal ngantokk la bondaa..baru je siap kemas rumah ni.."Eshal mencebikkan bibirnya meminta simpati bonda supaya tidak memaksanya.

"Rumah mak mertua kamu la!cepatlah Eshal.."

"Ya Ampunnn..Eshal off la harini jaga umi..kenape pulak nak ke sana?"Eshal membidas bondanya semula.

"Mia dengan Dini kan ada kat sana.."Eshal sengaja memancing bonda supaya melupakan hajat bonda mengajaknya kerumah Umi.

"Dah-dah...cepat!!bonda bagi 10 minit cepat siap!kalau tak bonda yang siapkan kamu!"Eshal menghentakkan kakinya bila mendengar amaran bonda itu.Sengaja dijeling sekilas muka bondanya sebelum berlalu ke tingkat atas untuk bersiap.Tak memasal jadi anak derhaka percuma harini!

Eshal masuk ke bahagian penumpang belakang kereta Zara dan menutup pintu kereta sekuat hati.Memang sengaja ingin menempah bebelan bonda dihujung minggu begini.

"Haa kuat lagi Eshal biar reban kereta ni!kereta kebal kan.." Zara menjeling sekilas wajah Eshal yang cemberut di belakang.Eshal memejamkan matanya malas mahu berbahas dengan Zara.Kereta Zara meluncur laju menuju ke rumah Umi.

Eshal membontoti Zara masuk ke ruang tamu rumah Umi.Dia hanya memandang sekilas Mia dan Dini yang bersantai di atas sofa menonton televisyen sambil mengunyah keropok.Eshal meninggalkan ruang tamu terus menuju ke dapur.Baru sahaja menapak terasa mahu luruh jantungnya melihat dapur yang sudah macam tongkang pecah.

"Astagaa..!ni dapoq ka apa?"Eshal memandang kearah empat orang lelaki yang berada dihadapannya.Hazril dan Mukhriz yang sudah bertompok-tompok di muka dengan tepung.Hazriq dan Hazreen yang sudah lencun dengan cecair yang berwarna.Eshal menggaru-garu hidungnya sambil mengetap rahang.Hazril menghentikan tangannya yang ligat menguli tepung di dalam besen itu terkejut melihat sekujur tubuh isterinya yang sedang merenung tajam kearah mereka.

"Miaaa!Diniii!"Eshal menjerit sekuat hatinya.Dini dan Mia terkejut lalu bingkas bangun dan menuju ke dapur.Terbeliak biji mata keduanya melihat situasi di dapur itu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now