Bab 31

1K 44 3
                                    

Eshal memangku lembut jasad Iman yang berbalut kain batik itu.Perlahan kakinya mengatur langkah menuju ke ruangan yang menempatkan kereta yang sudah menunggu.Jenazah Iman akan dibawa pulang ke rumah Raudhatul Jannah sebelum dimandikan dan dikebumikan pada esok pagi.Eshal meloloskan dirinya ke dalam kereta Abang Am bersama jasad Iman.

Ahli keluarga yang lain mengekori kereta dari arah belakang.Hazril yang menaiki kereta Hazreen dari tadi hanya mendiamkan diri masih lagi berperang dengan perasaannya.Dia keliru bagaimanakah penerimaan Eshal terhadap permohonan maafnya kerana mengabaikan Iman sebelum ini.

Tepat jam 12.45 minit pagi kereta yang meluncur laju itu tiba di perkarangan rumah anak yatim itu.Terlihat anak-anak yang belum tidur sudah menanti di muka pintu.Mak Tam yang mengetuai sukarelawan lain itu menerpa kearah Eshal yang perlahan menapak naik ke ruang utama rumah itu.Jasad Iman diletakkan diatas tilam yang sudah disediakan.

"Eshal...kamu rehat dulu ye..." Kak Mayyah bersuara kearah Eshal yang berteleku di hujung tilam itu.Eshal merenung kearah Kak Mayyah tanpa bersuara.

"Umi..kenapa adik Iman tidur tutup muka.?" Pertanyaan dari suara kecil Naufal yang baru mencecah umur 4 tahun itu kepada Kak Mayyah memecah kesunyian.Eshal berpaling kearah Naufal yang kebingungan itu.Perlahan tubuh Naufal ditarik Eshal kedalam pelukannya.

"Adik Iman tidur tutup muka sebab adik Iman dah tak boleh bangun lagi...adik Iman dah pergi syurga sayanggg..." Naufal merenung mata Eshal yang memberi penjelasan itu.

"Lepas ni..adik Iman dah tak boleh tidur dengan kita lagiii...Naufal boleh tidur dengan ibu je..." Eshal masih menahan tangisannya.Bonda,Umi dan yang lain merenung kearahnya sayu.

Zara bangun dan bersimpuh disisi Eshal.Tubuh Eshal dan Naufal dipeluk rapat serentak.Mia dan Dini yang memerhati itu sudah mula menitiskan airmata kembali.

"Naufal..jom tidur dengan ibu nak tak?.." Naufal membalas pertanyaan Eshal dengan anggukan.Tangannya sudah mula menggosok matanya yang menahan kantuk.Perlahan tubuh Naufal didukung Eshal.Kakinya yang baru melangkah terhenti tatkala susuk tubuh suaminya sedang berdiri kaku dihadapannya.Hazril mendekati Eshal.

"Eshal..ma..maafkan aku.."Hazril tergagap-gagap menutur kata.Tangannya ingin mencapai jari jemari Eshal.Tetapi Eshal melarikan tangannya mengusap rambut naufal di dukungannya .Eshal hanya menundukkan wajahnya merenung lantai.Tiada jawapan!

Eshal menjeling Hazril tajam sekilas berlalu menuju ke bilik yang menempatkan beberapa buah katil untuk anak-anak yatim disitu.Hazril termangu-mangu melihat isterinya berlalu pergi.

🌹🌹🌹

"Rill..kamu okey tak?.."

Hazril yang termenung di hujung tangga itu ditegur Abang Am yang melalui tangga itu.Hazril membalas pertanyaan Abang Am dengan senyuman sambil membetulkan kaki seluarnya yang tersinsing naik selepas berwudhuk tadi.Abang Am mengambil tempat di sebelah Hazril.

"Kamu banyakkan bersabar dengan Eshal ye.." abang Am menepuk lembut bahu Hazril.

"Saya yang salah bang ...kalau saya tak ikutkan perasaan.. Eshal takkan jadi macam tu dengan saya.." Hazril meluahkan kata-kata yang terbuku dihatinya sejak tadi.Sikap Eshal yang tidak mengendahkannya dari petang tadi  mula memecahkan tembok keegoannya.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now