Bab 17

864 40 0
                                    

Berminggu berlalu sejak segalanya terungkai.Dan Eshal seperti biasa meneruskan aktiviti hariannya cuma sejak kebelakangan ini dia lebih banyak bersendiri.Jika ada pun hanya berbual dimeja makan dan dia memilih untuk memaafkan dari terus menyalahkan satu sama lain.Itulah sisi hidup Eshal yang mudah memaafkan dan jika tidak diperlukan dia akan berdiam atau berlalu pergi.Hidupnya sudah lali dibanting dengan ujian.

"Shal!"Sergah Mia yang baru turun dari tingkat atas.Sengaja ingin mengejutkan Eshal yang sedang membaca novel diatas sofa.Hajat di hatinya ingin mengajak Eshal keluar memandangkan Dini juga sedang bercuti.

Namun sergahannya dibiarkan sepi apabila wanita itu sekadar menjeling sekilas kearahnya.

"Eshal!Jom la keluaq jalan ka makan ka?" Ditunjal-tunjal halus bahu Eshal dari arah belakang ingin memujuk.

Eshal pula sekadar menggeleng sambil memicit pelipisnya.Sebenarnya dia malas hendak keluar kerana dari tadi kepalanya berdenyut sakan.Mia berdiri membatu di belakang Eshal seakan merajuk .

Seketika Dini pula muncul dari dapur dan sempatlah dia menjeling muka muram Mia yang tidak diendahkan Eshal dari tadi.

"Shal,jom la keluar aku pun ingat nak singgah rumah bonda.Zara ada cakap hari ni Cik Milah ada buat sambal geprek favourite kau!" Giliran Dini menyampuk cuba menarik perhatian Eshal.Dia tahu sahabatnya itu masih dingin kerana kes tempoh hari.

Walaupun Mia bersalah tapi kasihan juga apabila Mia tidak putus memujuk.Sebenarnya mereka rindukan gelak tawa dan gurauan Eshal.

"Kau tak kesiankan bonda dengan Cik Milah ke?Diorang rindukan kau.Lama sangat kau tak pergi rumah bonda." Racun Dini apabila melihat Eshal masih membatu diatas sofa.

Ini sahaja senjata terakhirnya supaya Eshal termakan pujuk rayu mereka.Eshal akan kalah dengan nama dua orang wanita itu kerana bagi Eshal itulah syurganya selepas kematian ibunya.

Eshal mengalihkan pandangannya kearah Mia yang muram di belakangnya sebelum dijeling Dini yang berdiri di tepi sofa.

"Yelah!jom." Eshal menjawab sekilas.

"Yes!"Mia daripada muram terus tersenyum senang lalu dipaut kuat bahu Eshal dari belakang girang.

"Dah-dah!Kau lambat aku tinggal!"Ugut Eshal sambil menolak pautan Mia di bahunya.Bukannya dia tidak tahu gadis itu takut sekiranya dia tidak bergurau seperti selalu.

🌹🌹🌹

Kereta dipandu Eshal meluncur laju menuju ke rumah bonda.Eshal sesekali menyeka pelipisnya memandangkan kepalanya masih sakit.Sengaja dia tidak memberitahu kepada Dini dan Mia tentang sakit kepalanya.Tetapi Dini yang memerhati sudah dapat meneka situasi Eshal.Dia kan nurse!

"Kau okay?"Soal Dini apabila melihat Eshal yang sesekali mengerdipkan matanya cuba menghilangkan rasa pening.

"Aku okay.."Balas Eshal sambil menatap jalan raya di hadapannya.Nasiblah rumah bonda tidak jauh dari rumah mereka tidaklah dia ralat ingin memandu dalam keadaan begini.

Sampai sahaja di hadapan rumah bonda terlihat dua buah kereta diparkir luar pagar menandakan ada bonda ada menerima tetamu lain selain mereka.

Eshal sudah mengeluh apabila terpaksa berdepan dengan orang ramai dalam keadaan kepalanya yang tidak stabil begini.Mia melangkah laju menuju ke pintu rumah manakala Dini mengekori Eshal yang menuju ke pintu dapur.Itulah salah satu sikap Eshal kalau ke rumah bonda pasti pintu dapur ditujunya mencari Cik Milah dahulu.

MR HIJACK HATIKU[C][EDITING]Where stories live. Discover now